Lumrah kehidupan tidak pernah siapa yang menduga..Tiada siapa yang menduga apa sebenarnya erti sebuah kehidupan dimuka bumi ciptaan Ilahi.Apa yang dapat aku lakukan adalah dengan usaha dan doa yang berkekalan.Semoga apa yang kita lakukan kini dan akan datang adalah yang terbaik dalam hidup kita.dan jadikan kisah perbuatan dahulu sebagai pengalaman dan pengajaran.kerna diketika itu adalah kisah yang mencorak diketika ini
Friday, January 14, 2011
DERITA INI
Jika ditanya pada hati…
Pada sapa harus kita cintai…
Yang ada didepan mahupun yang sebenarnya kita benci
Walupun kini…Ujian sentiasa terfikir disanubari…
Tertanya – Tanya perlukan hubungan ini terus disirami
Atau lepaskan sahaja ia pergi
Berkorban sedangkan hati pedih sakit sekali
Menangis diri ini lansung dia tak sedari
Lansung dia tidak mengambil peduli
Bagaikan mahu berlari dan terus belari..
Namun makin ku lari…semakin dekat dia terasa dekat dihati
Tapi adakan dia ingin hampiri….
Derita ini..
Bukan ku saja untuk mengenali dia
Bukan ku saja berkorban apa sahaja demi dia
Bukan ku saja menangung derita yang dahulu boleh diduga..
Tapi
Kerna hati ku tujukan untuknya
Kerna jantung ini berdengut bersama nafas nya
Kerna dada ini menusuk bersama hidupnya.
Tapi adakah dia mengerti apa yang tersingkap kini
Derita Ini…
Ku harapkan agar dia tidak biarkan aku bersendiri
Ku berharap agar dia membuka sedikit kelopak cahaya
Bukan ku memohon simpati
Tapi fikirlah apa yang pernah kita lalui
Bagiku…cinta agung yang ku berikan tiada nokhtahnya
Aku boleh berkorban..tapi ada syaratnya
Biarlah insan kau puja ………….
Tidak seburuk aku
Tidak keji seperti aku
Tidak kolot seperti aku
Tapi jika insan itu tidak melebihi aku…
Tidak sangup ku melihat kau terseksa di suatu usia..
Derita ini..
Mengapa ianya hadir dikala aku memerlukan dia
Dikala seluruh jiwaku..ku anugerahkan untuk si dia
Mengapa kau tidak dapat membaca nota cinta ini.
Dikala kasih ku setia pada si pemuja
Kini ku terdampar…
Ikatan tali yang lalu terputus lansung tak tercapai
Harapan hampa tapi dia tersenyum gemalai
Ingin ku lupa segenap perjanjian yang termetrai
Aku berkorban demi sebuah karya cinta
Tapi dia mengkianatinya..
Ohh Tuhan…
Diakala ini aku menitiskan airmataku
Aku….mohon padamu Ya Allah….
Kau lapangkan la hatiku ini
Tabahkan hati hambaMu ini
Kuatkan semangat ku menghadapi kekecewaan ini
Kerna bagi ku..seagung cintaku pada dia
Tidak sehebat agungnya cintaMU pada hambaMu
Amin…………..
KU MAHU KAU TAHU
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Pesan Ayahku........
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal