Tuesday, October 12, 2010

BILA 1 BULAN PUTUS..TIBA -TIBA DIA BERTUNANG?...PELIK TAK ANDA.

Siapa sangka semua ini terjadi..memang sedih untuk diingat,untuk dikenang.tapi dunia ini harus diteruskan.Mengenangkan dia yang sudah mengikat pertalian pertunangan membuatkan ada dikalangan kila dan sebelah pihak menelan kepahitan yang amat perit.Muhasabah diri.Tenangkan Fikiran.
Itulah yang terjadi dikalangan segelintir kita.Bertahun - tahun bercinta.tapi apakan daya,bunga yang kita cuba kuntum dan sedut madunya dikebas orang.
Dengar -dengar sudah bertunang.Bukan tidak cuba untuk berbaik kembali,sudah cuba..tapi tidak diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Bila kita bertanya sebelah pihak mengatakan yang dia tidak ada laki lain.dan bila tanya lagi dia mengatakan si lelaki yang terlalu kuat cemburu dan menuduh tanpa ada bukti membuatkan si wanita telah merasakan kebencian pada lelaki tersebut
Tapi bagai mana jika andaian dan kata2 dari laki itu semuanya betul.Adakah kerna sudah ada teman lain semasa sedang menjalinkan hubungan laki dan menjadikan alasan tuduhan tidak berasas itu jalan untuk memutuskan hubungan.
Ye kita tahu,kaum wanita mudah untuk menerima laki lain dikala hatinya remuk,bila ada saja perbalahan,dan dikala itu ada laki yang masuk jarum,pasti wanita mudah terlekat.
Alasan yang diberikan laki itu "caring saya, dab awak cuba pandai menuduh tanpa ada bukti yang jelas"
tapi bagaimana marah dari laki itu dan tuduhan yang si wanita ada skandal adalah perkara yang betul?
adakah kamu tidak berasa bersalah.?
Benda yang sama terjadi pada aku dan ex roomate ku..aku pelik kenapa baru 1 bulan putus sudah dia bertunang..bila masa mereka menjalinkan hubungan.atau semasa kami menjalikan hubungan mereka sudah ada skandal.Semua itu menjadi persoalan pada kami.
Mungkin bagi wanita hal ini disebabkan rasa kecewa mereka pada bekas kekasih kerana menuduh hal yang bukan -bukan.so jalan selamat adalah dengan menerima sapa saja lelaki.Boleh percaya ker?
bagi aku dalam segala hal memerlukan proses.termasuklah dari hal cinta.semuanya perlu disemai dan dibaja bersama.mana mungkin bertunang tanpa ada rasa keserasian.
Walupun semua itu sudah tersurat.biar la Allah yang tahu akan kebenarannya..Kadang2 lelaki tidak suka menuduh tanpa sebab.Lelaki tidak akan marah jugak tanpa ada yang buat dia marah.
Takpe la.tabahkan hati muhasabah diri.Biarkan dia dengan hidup dia.dan kita yang kecewa ini teruskan hidup kita.Memang sukar melupakan dia.semua itu memerlukan masa.
Tahniah kepada yang sudah yang bertunang walaupun baru sebulan anda putus dengan kekasih anda.dan pada yang dikecewakan..teruskan hidup anda..masih ada wanita yang terbaik untuk anda..Aamin

1 comment:

  1. loh.. begitu pl ceritanya~
    ak pun pernah mcm tu..hehe..
    okey.. y pnting pasti ad y lg bgus u kamu.
    jgn sedih2 ha..!

    ReplyDelete

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal