Wednesday, August 18, 2010

AKIBAT BURUK SANGKA

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut memusnah individu lain sebagai mangsanya. Buruk sangka juga tidak lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang lain sebagai pakej pelengkap, seperti hasad, dengki, marah, sombong, bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat-sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa sibuk mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "Zikirullah". Ketahuilah!, dengan "Zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Ar-Raad ayat 28

Buruk sangka yang dimaksudkan disini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat Mazmumah yang lain bersarang dihati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyatakan:

"......ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya, dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah itulah yang dikatakan hati".

Buruk sangka dibahagikan kepada dua jenis:

1- Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar dan memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.

2- Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah kedudukan seseorang.

Walau apa pun tujuannya, buruk sangka tetap memberi infak yang sangat nagetif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka. Dengan sebab itulah,Islam sangat melarang dari berprasangka.

Dalam Sirah An-Nabawi, kita berdepan dengan satu peristiwa yang menimpa rasulullah s.a.w dan keluarga baginda. Iaitu kisah Hadis Ifqi (berita dusta) yang cuba disebar luaskan oleh musuh-musuh islam yang menjadi dalang utamanya ialah si munafik Abdullah bin Abi Salul. Ceritanya bermula disaat kepulangan tentera islam dibawah pimpinan rasulullah s.a.w dari peperangan Bani Al-Mustaliq berhenti rehat ketika diperjalanan.

Saidatina Aishah r.a meninggalkan sekeduknya (pondok kecil yang diletak diatas kenderaan seperti dizaman raja dahulu kala) untuk menunaikan hajatnya. Bila ia kembali, ia dapati kalungang telah hilang,ia berpatah balik mencari kalungan itu.Sesampainya ia ditempat tentera, didapatinya tentera sudah berangkat meninggalkan tempat itu. Mereka yang ditugaskan mengawasi keselamatan aishah tidak sedar ketiadaan Aishah dalam sekeduknya, mereka terus mengangkat sekeduk keatas belakang unta dengan sangkaan aishah berada didalamnya, kerana aishah berbadan kecil dan ringan.Aishah terus menunggu disitu dengan harapan mereka akan menyedari kehilangannya. Seperti biasa rasulullah menempatkan seorang petugas terakhir dibelakang khalifah tenteranya sebagai pengawal iaitu Safwan bin Al-Mukthal.

Dikala Safwan membuat pemeriksaan terakhir,ia ternampak satu bayang-bayang itu adalah aishah.Lalu ia merendahkan untanya dan menyuruh aishah menaiki unta itu dan ia berjalan dibelakangnya tanpa bercakap sepatah pun dengan aishah. Mereka sampai dimadinah waktu zohor. Semua orang menyaksikan ketibaan mereka berdua. Seluruh kota madinah gempar dan heboh. Cerita sumbang dan palsu diwar-warkan oleh musuh-musuh islam, walaupun Aishah adalah bersih. Tentu dapat kita bayangkan betapa keadaan Rasulullah s.a.w ketika itu dalam menghadapi peristiwa tersebut. Apa yang terdaya dilakukan oleh aishah selain menangis,sedangkan dia sedar dirinya suci dan bersih. Keadaan berlangsung selama sebulan. Aishah bersabar menantikan ketentuan allah s.w.t terhadap dirinya. Ia teringat kepada kata-kata Nabi Yaakob a.s:

"....Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan kepada allah jualah dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu".

Akhirnya tiba juga penentuan allah s.w.t.Mana mungkin allah membiarkan rasulnya dan kekasihnya tertekan perasaan begitru sahaja. Dengan itu turunlah firman allah s.w.t yang menyatakan kesucian aishah:

"Sesunggunya orang-orang yang membawa datangnya berita yang amat dusta itu, ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang diantara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyebarkannya diantara mereka, akan beroleh seksa yang besar (didunia dan diakhirat kelak)".

Peristiwa tersebut memberi pengajaran yang sangat besar bagi setiap orang yang cepat bersangka buruk daripada mengutamakan sangka baik.

Akibat dari buruk sangka yang sangat parah. Ia adalah wadah kehancuran,mengundang segala macam keruntuhan. Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka.Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. Ia mestilah jelas terbukti 100%. Kalau terdapat 1% keraguan , maka yang 1% itu hendaklah diambil kira dan didahulukan daripada yang 99%.Inilah kewajipan amalan syar'ie.

Sangka buruk boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1- Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis:

Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2- Kelemahan jiwa:

Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3- Perasaan sombong dan bongkak:

Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4- Keburukan batinnya:

Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

Sidang Jumaat yang dirahmati allah sekalian,

Tiada penawar mahu pun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara . Antaranya:

1- Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.

3- Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.

4- Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana disebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.

5- Ingatlah selalu bahawa Mahabbah,Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.

6- Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih,saudara-mara,malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.

7- Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalamsemua bidang: ekonomi,politik,sosial dan lain-lain lagi.

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal