Friday, August 13, 2010

TEMANI KEKASIH BERBELANJA

Mungkin moment seperti ini bagi lelakmerupakan hal yang membosankan tetapi bagi para wanita tentu selain untuk belanja juga untuk mendekatkan dengan kekasih hati. Apalagi ketika belanja yang membutuhkan waktu yang tidak sedikit. Nah bagaimana mengatasinya? ketika temani kekasih belanja? atautemani isteri belanja? Berikut ini tips apa yang harus dilakukan lelaki jika menemani kekasih hati belanja atau shopping.
1. Beri Pendapat
Adakalanya kekasih mengajak belanja tidak sekedar hanya untuk menemani, wanita sebenarnya suka lelaki memberi pendapat mengenai barang yang akan dibeli, sesuai atau tidak. Bukankah lelaki akan senang juga ketika melihat kekasih hatinya terlihat semakin cantik misal dengan membeli baju yang sesuaidengannya?
2. Muka Ceria
Jangan menunjukkan muka yang tidak ceria atau perasaan tidak gembira ketika menemaninya. Hal ini mungkin malah menimbulkan masalah ketika berbelanja, bad mood pun akan timbul.
3. Cari Hiburan Sendiri
Seperti pada point kedua, daripada menunjukkan perasaan tidak gembira lebih baik mencari hiburan alternatif. Misal menelpon teman.
4. Jangan Tergesa-gesa
Adakalanya, wanita perlu waktu yang lama untuk berbelanja, karena setiap barang yang akan dibeli perlu difikirkan panjang lebar. Termasuk juga proses tawar-menawar atau perbandingan harga. Lelaki harus faham bahwa wanita “cerewet” dalam berbelanja.
5. Bantu Membawa Barang
Mungkin hal ini dapat berkesan bagi setiap wanita ketika lelaki menunjukkan kasih sayangnya dengan membawa barang-barang belanja.
Itulah beberapa tips harus dilakukan lelaki jika menemani kekasih hatinya belanja, tapi bagaimana sikap yang harus dilakukan oleh para wanita? agar si lelaki tetap gembira menemaninya

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal