- Kita telah habiskan lebih 20 tahun bersama keluarga. Banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membesarkan kita (terutama ibubapa). Adalah tidak wajar, jika kita tinggalkan keluarga untuk orang yang baru kita kenal tak sampai 2 tahun. 2 tahun dengan 20 tahun. Jauh bezanya, kan?
- Kita sama sekali tidak mahu, perkahwinan yang kita bina menjadi punca terputusnya ikatan kekeluargaan. Sekiranya perkahwinan kita direstui oleh keluarga, insyaAllah silaturrahim antara keluarga akan terus kukuh selama-lamanya.
- Semakin dewasa umur kita, semakin banyak perkara akan memerlukan penglibatan dan kerjasama keluarga. Sebagai contoh: apabila ibubapa sakit, perlunya ada pengagihan tugas sesama adik beradik. Selain itu, apabila kita perlukan bantuan kecemasan seperti menjaga anak dsb, keluarga adalah orang pertama yang paling dipercayai. Dan merekalah yang akan banyak memberikan sokongan moral kepada kita tatkala kita memerlukannya.
- Anak-anak kita perlukan kasih sayang daripada datuk dan nenek mereka. Adalah tidak wajar jika kita memisahkan pertalian tersebut kerana permusuhan kita dengan ibubapa. Percaya atau tidak, anak-anak akan memerhatikan bagaimana caranya kita melayan orang tua kita, dan tidak mustahil mereka akan menirunya apabila dewasa kelak.
- Restu keluarga untuk sesebuah perkahwinan akan memberikan kita lebih banyak peluang untuk berbuat baik kepada ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Allah akan membantu hambaNya selagimana dia membantu orang lain. InsyaAllah, Dia akan murahkan rezeki kita dan rumahtangga kita akan lebih diberkati.
Lumrah kehidupan tidak pernah siapa yang menduga..Tiada siapa yang menduga apa sebenarnya erti sebuah kehidupan dimuka bumi ciptaan Ilahi.Apa yang dapat aku lakukan adalah dengan usaha dan doa yang berkekalan.Semoga apa yang kita lakukan kini dan akan datang adalah yang terbaik dalam hidup kita.dan jadikan kisah perbuatan dahulu sebagai pengalaman dan pengajaran.kerna diketika itu adalah kisah yang mencorak diketika ini
Tuesday, August 3, 2010
RESTU KELUARGA
KU MAHU KAU TAHU
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Pesan Ayahku........
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
No comments:
Post a Comment