Tuesday, August 3, 2010

SIAPA AKU PADA KAU

Jangan bertepuk sebelah tangan...Ramai yang tanya..agak2nya siapa la aku pada dia.Aku dah buat macam - macam untuk dia.Tapi dia masih belum sudi menerima cinta aku.Apa kurangnya aku.Apa yang aku buat semunya ikhlas untuk dia.Tapi takkan la sedikit pun dia tak dapat nak baca apa sebenarnya yang ada dalam hati ini.dan kenapa perlu aku habiskan masa wang ringgit tok dia...Tolong la rasa perasaan aku ini...
Aku buat ikhlas tapi kau kan manusia..cuba rasa jika kau ditempat aku..
Itulah persoalan yang mungkin membelenggu sebahagian dari kita.Cinta tak dibalas lumrah dalam dunia remaja sekarang.Pergi kesana sini berdua..makan berdua.bersukan berdua.Tapi pasal cinta saya dengan dia cuma kawan.
Mungkin bagi wanita..dia mahukan lelaki tersebut usaha...baru nampak kesanggupannya..Tapi payah plak pada lelaki..Lelaki ini dilahirkan dengan sikap kasarnya...kalau dah banyak kali perempuan mengelak lama2 laki akan jadi cepat bosan..
Ajak menjalin hubungan kali pertama kata nanti dulu.Ajak kali kedua kata nanti dulu..ajak kali ketiga pun jawapannya kata nanti dulu Hai wanita kamu ni nak menguji atau jual mahal..kamu kena paham jugak.Lelaki nie cepat bosan dan cepat sangat mengalah..takkan la laki jer kena faham yang permpuan nak tengok kesanggupan seorang lelaki.Tapi kalau dok mengelak tak habis2..jadi bosan la kami.So akhirnya dari perasaan bunga2 cinta yang sebelum ini cuba disunting sudah menjadi teman tapi mesra disebabkan oleh jual mahal dari pihak wanita.
Bila lelaki dah anggap teman tpi mesra so jangan harap la kamu boleh nak dapatkan dia lagi..so jangan la mengelak atau buat laki fedup okey...
kalau sekali kamu menolak mungkin akan ada usaha lagi dari pihak lelaki tapi kalau 3 kali kamu tolak..Ini jawapan tok kamu...Babai saya nak cari wanita lain..kita kawan saja yer..kan dah melepas kamu..sapa suruh kamu jual mahal sangat.

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal