Lumrah kehidupan tidak pernah siapa yang menduga..Tiada siapa yang menduga apa sebenarnya erti sebuah kehidupan dimuka bumi ciptaan Ilahi.Apa yang dapat aku lakukan adalah dengan usaha dan doa yang berkekalan.Semoga apa yang kita lakukan kini dan akan datang adalah yang terbaik dalam hidup kita.dan jadikan kisah perbuatan dahulu sebagai pengalaman dan pengajaran.kerna diketika itu adalah kisah yang mencorak diketika ini
Sunday, August 1, 2010
Jauh Sekali
Mengejar pemaisuri empunya nama
Empunya Harta dan Rupa.
Siapa kita di dunia sementara
Angan mat jenin si pokok kelapa
Sudah la..baik kau lupa saja
Semua itu ilusi mata
merosakan minda, nafsu digoda
Baik kau pijak dibumi nyata
Jauh sekali mimpimu
Nak mengapai bulan nan satu
Sudah hilang akal semua itu
Siapa dia berbanding kamu
Sebelah mata belum tentu
dia akan toleh disitu.
Dia adalah ratu...Kamu cuba ibarat si penyapu
Baik kau cari yang setanding kamu.
Jauh sekali cita sebuah ilusi
Hiduplah dialam realiti
betulkan mentaliti
Dia bukan sehati dan senaluri
Kau yang terhegeh megejar pelangi
tapi dia buat tak reti
Cukup lah sampai disini
kau pergi dan terus la pergi.
Dia tidak ingin kau lagi
Kerna dia sudah ada penganti
yang pasti bukan kau empunya diri......
KU MAHU KAU TAHU
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Pesan Ayahku........
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
No comments:
Post a Comment