Tuesday, August 3, 2010

CINTA SEMPURNA

Ramai yang berkata, tidak ada apa pun yang sempurna di dunia ini. Kita sebagai manusia mempunyai kekurangan. Kita mampu berusaha, Tuhan menentukan segalanya. Itu memang benar! Tuhan menentukan segalanya, tetapi seperti mana kita semua juga telah sedia maklum, Tuhan tidak mengubah nasib kita sehingga kita sendiri mengubahnya!

Bagi sesetengah orang, mencari cinta bukan perkara yang mudah. Mencari cinta sejati lebih sukar. Mencari dan memperolehi Cinta Yang Sempurna jauh sekali. Apatah lagi bagi wanita yang seringkali dikecewakan, putus cinta, dan wanita yang kerap berjumpa dan berpasangan dengan lelaki berbahaya, mempunyai sebuah perhubungan dan keinginan untuk bercinta lagi sudah hampir tidak ada lagi dalam kamus hidupnya.


Ramai wanita saya temui, tidak perlu untuk diberitahu supaya berusaha keras ke arah untuk memperolehi cinta yang sejati. Tidak kiralah wanita “single” yang sedang mencari cinta dan pasangan, wanita yang sedang berpasangan, mahu pun wanita yang telah berkahwin. Malah, mereka ini semuanya berusaha keras untuk mendapatkan cinta sejati. Berusaha keras sehingga akhirnya mereka kepenatan!

Masalahnya di sini, bukanlah soal kekurangan usaha; soalnya mereka hanya cuba dan berusaha tentang apa yang mereka tahu, dan tidak tahu APA cara lain untuk dibuat. Lagi kuat mereka berusaha, lagilah akhirnya mereka melukakan diri dan perhubungan mereka sendiri.

Ramai juga dan selalu kita lihat wanita yang bahagia, rasa dirinya cukup sempurna, lengkap dalam hidup dan perkahwinannya tanpa berusaha dengan terlalu kuat dan gigih untuk mencapai keadaan ini. Mereka seolah-olah mempunyai kualiti yang tidak putus dan berterusan yang kadangkala mereka sendiri tidak tahu apakah ia.

Kualiti seperti ini saya gelarkan, “Wanita Yang Sejati”. Macamana rupanya kualiti ini? Bolehlah dikatakan seumpama orang yang menari ‘waltz’. Dilakukan dengan betul, pasangan akan menghasilkan satu tarian yang kelihatan mudah, ‘ada kelas’, dan amat cantik segala pergerakan. Wanita Yang Sejati ini kelihatan cantik dalam segala aspek kehidupannya – cara dia berjalan, bercakap, duduk, mahupun mengikat rambut. Dia tidak mempunyai banyak masalah dalam perhubungannya; sama ada hendak menarik perhubungan yang diinginkan dalam hidupnya atau pun mempunyai perhubungan yang benar-benar terisi yang sedang dinikmatinya sekarang.
Setiap wanita telah dicipta untuk mempunyai aliran “Wanita Yang Sejati” ini. Saya tidak maksudkan dengan cara memakai pakaian tertentu atau bercakap dengan cara yang dibuat-buat. Saya maksudkan tentang keyakinan terhadap diri sendiri dan tentang keunikan kecantikan. Cuba anda fikirkan sejenak, siapakah agaknya yang anda kenali seolah-olah berterusan menikmati dan mempunyai sebuah perhubungan yang bahagia?

Saya sedar ada yang akan mengatakan tidaklah dalam semua keadaan wanita akan berjaya melakukan perkara seperti ini sebagai contoh dalam situasi wanita yang didera dan seumpamanya. Saya setuju, ada masanya walaupun dengan usaha yang terbaik dan bersungguh-sungguh, pasangan seseorang wanita itu tetap berterusan membuatkan usaha itu menjadi perkara yang mustahil untuk berjaya.

Walau bagaimana pun keadaan seperti itu adalah sangat sedikit, apatah lagi bagi wanita yang belajar tentang rahsia bagaimana untuk meletakkan hatinya/perasaannya dahulu, iaitu sumber yang sebenar dan tulen, kekuatan, keyakinan diri, dan “kuasa” wanita tersebut

Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sekiranya saya mengatakan kepada wanita bahawa lelaki tidak sama dengan mereka. Lebih dari itu, perkara penting di sini bukan sahaja lelaki berbeza berbanding wanita tetapi juga kenapa mereka berbeza dan bagaimanakah perbezaan tersebut sebenarnya 
 boleh membuat keuntungan atau memberi kelebihan kepada wanita. Malah jika dilihat, perbezaan tersebut seolah-olah wujud dalam bentuk semulajadi yang membolehkan mereka mempengaruhi lelaki.

Selalu juga wanita bertanya apa yang lelaki inginkan? Saya rasa persoalan yang lebih penting dari itu ialah,”Apakah tindakan atau “skill” yang saya boleh guna berulangkali yang menjamin dia ingin memperuntukkan masanya bersama saya, atau, apakah teknik yang boleh saya buat yang pasti berjaya pada setiap kali ia digunakan?”

Sebelum saya memberitahu apa yang perlu anda buat dalam hal yang melibatkan berkenaan lelaki, perlu bagi saya mengajak anda untuk sekurang-kurangnya 
 berani untuk mengambil risiko. Mengambil risiko untuk keluar dari kebiasaan anda dan berani untuk hidup ke arah apa yang anda impikan. Mungkin cadangan ini agak janggal atau seolah-olah mudah sahaja untuk saya katakan kepada anda tetapi perlu anda fikirkan tentangnya secara serius.

Dalam perhubungan, wanitalah yang selalunya lebih utama ingin meningkatkan, membina, dan seterusnya mahu menjadikan perhubungan lebih rapat. Mereka sentiasa dan berterusan mencari cara-cara baru dan terbaik pada pandangan mereka untuk mencapai matlamat ini walaupun pasangannya tidak terlibat sama dalam usahanya itu.

Anda sebagai wanita sebenarnya adalah 
 pakar dalam perhubungan. Ramai wanita terlibat dalam tindakan yang memusnahkan diri sendiri dengan hanya berharap seseorang lelaki itu kemungkinan besarnya dapat menyelamatkan diri mereka.

Ingat! Anda bertanggungjawab di atas kebahagiaan diri anda sendiri!

Pernahkah anda merenung kembali terhadap perhubungan anda dan mendapati ada sesuatu yang hilang atau masih tidak lengkap? Mungkin juga anda ialah seorang yang masih belum berpasangan tetapi mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Anda selalu juga ‘dating’ tetapi tertanya-tanya kenapalah anda masih juga gagal bertemu dengan seseorang yang istimewa? Mungkin juga anda telah berumahtangga, wanita yang telah bertemu dengan pasangan hidup tetapi merasakan seolah-olah dalam perkahwinan anda itu, cinta dan kasih-sayang seolah-olah semakin pudar dan hilang.

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal