Monday, August 2, 2010

KEKASIH ATAU AWEK

Dia la awek aku...
Awek ko....okey....Tapi aku kalau orang yang aku cintai..aku tak panggil awek atau marka tau..aku panggil kekasih.Dia adalah orang yang aku sayang.So aku nak letak dia dilevel yang sepatutnya dia dapat.Aku taknak orang yang aku sayang.Disama levelkan dengan wanita -wanita lain.Mungkin ko tak faham dengan apa yang aku rasa dan katakan.tapi biarla aku jer yang paham.
Istilah awek atau marka atau bunga memang selalu sangat digunakan dalam dunia percintaan sekarang.Tapi aku rasakan panggilan itu tidak layak untuk orang yang aku sayang.Aku cuma nak dia tahu dia adalah kekasih aku dan bukan awek atau marka aku.
Selalu jugak dia tanya.Keluar dengan sapa?Alu jawab la.keluar dengan awek.Melenting dia dibuatnya.
Kadang - kadang orang yang tak paham mesti cepat melenting.
Kepada kekasih - kekasih yang mejalinkan cinta.Kamu adalah kekasih dan bukan awek mahupun marka.Bagi kaum lelaki.pangilan awek atau marka atau amoi selalu sangat digunakan.Begitu jugak dengan kaum wanita..Mereka suka menggunakan perkataan balak,BF dsgainya.
Bukan apa..apa salahnya kalau kita letak orang yang kita sayang pada aras yang lebih tinggi,Bukan memuja tapi kalau betul dia betul2 istimewa biarkan dia lebih tinggi dari wanita lain dalam hidup kita.
Maksud saya disini.Contohnya la..perempuan tepi jalan pun lelaki panggil awek,Amoi muda angkat sampah pun.ada laki panggil awek..asalkan pinggulnya ala2 remaja saja,sure lelaki akan pangil awek.
So bayangkan kalau kekasih anda panggil anda awek..kalau difikir dan diterjemahkan sebenarnya anda sama saja level dengan amoi tepi jalan dan amoi angkat sampah tadi..
Memnag betul semunya dalam hati dan pangilan itu semua tidak penting.Tapi tak salah kita menghargai orang yang kita cintai dengan meletakkan dia pada paras yang sepatutnya dia berada.
Dalam kamus hidup saya,saya ramai awek tapi saya cuma ada seorang kekasih....
Tak tahu la pada anda..kalau kekasih anda pun anda panggil awek..kawan permpuan anda pun awek..so anda punya ramai aweks la to...salam

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal