Friday, July 30, 2010

Anak Adam........

Pagi jumaat yang indah..
Hari segala hari
Bagi Anak adam yang mengerti
Erti sebuah kehidupan putaran Matahari
Anak Adam dari pagi lagi
sudah sujud menemuhi Ilahi
Menyembah tanpa henti – henti
Memanjat doa agar direstuhi
Menemui Nur diniawi

Anak adam...
Kini jam 9 pagi..
Mengambil secekak lidi
Disapu seluruh tempat Suci
Dengan penuh keilhlasan dihati
Dicabut sembilu penuh beduri
Setiap penjuru tiang bersegi
Tangan berdarah adakah yang peduli.
Yang pasti ganjaran menanti nanti
Janji Ilahi semuanya terpatri

Anak adam..
Kini sudah 11 pagi
Letih mu tadi masih terasa
Tapi hatimu ketal sentiasa
Tandas dicuci tanpa upah diberi
Longkak digali..Najis di jauhi
Tempat suci indah sekali
Sentuhan anak adam yang sejati

Anak Adam
Sudah ada rezeki kah kamu ketika ini?
Jam ditangan tepat 12 tengahari
Sepagi kamu berkorban untuk kami
Tapi...pasti jawapan ini yang kamu beri
Kerja ana..masih banyak lagi
Sejadah dibentang meyambut seruan Ilahi
Dari kanan bawak ke kiri
Berapa langkah...pahala dianugerahi

Anak adam
Semua muslim melangkah pergi
Tingalkan anak adam bersendiri
Yang penuh mesteri pada kami
Berjasa pada manusia menemui Ilahi
Putaran Alam di tempat suci
Akhirat kelak..pasti ganjaran menanti
Sapa penganti Anak adam selepas ini
Jika dia dijemput Ilahi
Mencari terus mencari..
Erti sebuah pengorbanan seorang pahlawan hakiki
Menjaga Nur Islam di Istana Suci.

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal