Friday, July 30, 2010

Ohhh..Si Bandar Jengka Nasibmu.....

Kenalkah anda pada sebuah pekan kecik di Pahang.Terletak diantara sempadan bandar Temerloh - Maran - Jerantut.Mungkin bagi orang asing.Bandar kecil itu adalah semua bandar kecil yang berlandaskan industri pertanian kerana majoriti penduduknya adalah dari kalangan peneroka Felda.Aku sebagai anak yang dibesarkan di wilayah ini terkenangkan nasib sebuah pekan kecil yang empunya banyak gelaran.Jika yang belum pernah berkunjung pasti terpingga - pingah mencari semua bandar yang majoriti perniagaan adalah dikalangan berbangsa Melayu.Itulah saja satu - satunya pekan kecil di Malaysia yang perniagaan di monopoli oleh orang Melayu.Jika anda tiba di Tol Chenor pasti anda akan berasa pelik.Mana tidaknya..Bandar kecil ini mempunyai terlalu banyak nama.Ada singboard yang meletakkan nama Bandar Tun Razak, Ada yang meletakkan Bandar Jengka dan ada juga yang meletakkan Bandar Pusat.Aku sendiri menjadi keliru dengan pelabagai nama berbeza diletakkan di bahu - bahu jalan sepanjang anda menuju ke lokasi bandar kecil ni.
Bagi golongan peneroka Felda yang meliputi Jengka 1 sehingga Jengka 25,semua nama yang diberikan tidak memberi kesan mendalam pada merka.Tapi bagaimana dengan pengunjung dari luar.? Pasti keraguaan dihadapi.
Bandar kecil ini terlalu indah jika disingkap dari mata kasar,Jika yang belum sampai pasti membayangkan kehijauan alam semulajadi disana.Urusan perniagaan dikalangan orang Melayu berjalan lancar seawal awal subuh lagi.Itulah Bnadar kecil yang memberi nadi kepada hampir 30ribu penduduknya.Namun sayang...Keindahan yang sepatutnya dijaga lansung tidak dipedulikan.Terlalu banyak sampai sarap dan lalang meliar hidup bagaikan pokok hiasan yang pasti mekar diawal pagi.Aku terfikir alangkah baiknya jika diwujudkan sebuah majlis perbandaran disitu.Bandar Jengka terletak dibawah pemantauan Majlis Perbandaran Maran yang jauhnya kira - kira 30km dari Maran.Berapa ramai perkerja majlis perbandaran Maran untuk memantau dan menjalankan kerja - kerja pembersihan di Bandar Jengka.Jka tidak mahu mewujudkan Majlis perbandaran elok juga dilantik kontraktor Melayu bagi mejalankan kerja - kerja penyelenggaraan disana. Pasti tiada lagi sampah sarap atau tumbuhan lalang yang meliar tumpul sehingga boleh memedihkan mata siapa sahaja yang mengujungi satu - satunya bandar melayu di Malaysia ini.
Darri segi kemudahan,Rasanya Bandar ini dilengkapi dengan pelbagai kemudahan cuma adakalanya bangunan yang dibina sudah dimamah usia.Tidak banyak selenggara bangunan dijalankan.Begitu juga dengan jalan raya.Didalam bandar itu sahaja terdapat banyak lubang - lubang kecil yang boleh memberi kesan buruk pada penggunanya.Lubang kecil ini boleh meragut nyawa jika tersalah tunggangan.Tambahan pula ramai peneroka disitu sudah mejangkau usia lebih 50 tahu keatas.
Kita di Malaysia sepatutnya beruntung kerana masih ada sebuah pekan melayu yang dimonopoli oleh orang Melayu.Jika sebelum ini KFC dilarang dibina di Bandar ini.tapi sekarang sudah ada..adakah pembinaan syarikat francis ini untuk memenuhi permintaan penduduk atau sekadar mengaburi mata masyarakat untuk menyelinap sedikit demi sedikit perniagaan asing kedalam Bandar ini? Maaf jika saya bersalah tangapan dalam kes ini..
Bukan apa..saya risaukan jika sedikit demi sedikit pernigaan Melayu disitu akan terlelap dari sebuah bidang punca rezeki.Telah banyak pernigaan melayu yang cuma bertahan sekejap sahaja.Kesian pada mereka...
Sebulan lepas saya ada berkunjung ke Bandar ini.melihat terdapat sebuah projek pembinaan rumah kedai dibini.Aku tertanya tanya kenapa dibina sedangkan lot kedai yang dahulu dibina masih banyak kosangnya.Bukan kah itu satu pembaziran jika dibina tapi tiada berpenghuni.Maaf lagi jika tanggapan negatif dilemparkan.namun aku ada terdengar..bukan kes tidak mahu sewa..cuma kos sewaan bulanan yang dikenakan terlalu tinggi dan perniaga takut sekiranya pernigaan yang ingin diniagakan tidak memberi pulangan yang boleh dibanggakan.Jika hal ini benar..aku terfikir..apakah akan terjadi dengan bangunan yang sedang dibina itu siap kelak..adakah ianya akan dihuni atau dibiarkan lot kosong sehingga lalang menutupi seluruh bangunan itu.
Bandar jengka sebuah bandar Melayu yang punyai pelbagai kenangan.Bandar jati masyarakat melayu dan satu - satunya bandar melayu di Malaysia.Peluang perkerjaan juga tidak la terlalu banyak.cuma boleh dibanggakan berberapa buah kilang dan syarikat kecil yang kais pagi makan pagi kais petang makan petang yang muncul meberi peluang pekerjaan kepada generasi kedua anak FELDA.
Sistem pengakutan juga agak terbatas.Cuma ada sebuah stesen bas usang yang menjalankan urusan jual tiket.Bayangkan situasi disitu bila tiba musim cuti sekolah atau cuti semester.kerana disitu terdpaat sebuah pusat pengajian tinggi iaitu UiTM Jengka.Pasti pelajar yang jauh dari kampung.sistem pengangkutan menjadi masalah.Yang ada pun cuma perkhidamatan Sri Jengka Ekspress dan Metro Bus..Kesian mengenangkan nasib sebuah pekan kecil Melayu ini.
Diharapkan dengan tulisan ini,membuka mata bagi masyarakat di walayah FELDA ini akan masalah yang dihadapi.Ini adalah tanah air kita yang perlu dijaga.Ini satu -satunya bandar melayu yang 100% pernigaan adalah dihadkan kepada orang melayu.So sama2 la kita jaga ia.Agar disuatu ketika ia tidak lagi sama seperti suatu ketika itu..wasalam

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal