Lumrah kehidupan tidak pernah siapa yang menduga..Tiada siapa yang menduga apa sebenarnya erti sebuah kehidupan dimuka bumi ciptaan Ilahi.Apa yang dapat aku lakukan adalah dengan usaha dan doa yang berkekalan.Semoga apa yang kita lakukan kini dan akan datang adalah yang terbaik dalam hidup kita.dan jadikan kisah perbuatan dahulu sebagai pengalaman dan pengajaran.kerna diketika itu adalah kisah yang mencorak diketika ini
Friday, July 30, 2010
Layak ke Aku
Dalam isu kerja contohnya..ramai yang tanya..layak ke aku pegang jawatan itu.sedangkan aku masih banyak benda yang perlu belajar.setiap manusia memerlukan proses,semua ada perancangan.
Jka kita tidak mencuba sebenarkan kita tidak lansung rasa untuk belajar sesuatu.Elok rasanya seseorang itu mencuba agar setiap yang dilakukan oleh kita adalah salah satu proses pembelajaran.
Dalam hal cinta..ramai yang tanya layak ke saya untuk bersama dengan cinta kita.Dalam dunia sekarang terlalu ramai yang kita lihat pasangan yang bercinta tidak sepatutnya bercinta.Apa yang saya maksudkan dekat sini adalan seperti yang cantik dengan yang tak handsome dan ada yang kaya bercinta dengan yang kurang berkempuan.semua itu tidak penting.Mereka ada alasan mereka sendiri yang membuat kan mereka untuk jatuh cinta sesama mereka.Kita yang diluar dari jiwa mereka,yang cuma mampu melihat harap jangan fikir yang bukan- bukan berkaitan dengan hubungan mereka.Elok kita hormati hubungan mereka.
Sekarang terlalu banyak tomahan yang diterima.bila si perempuan bercinta dengan si lelaki yang kurang hansome.tOmahan yang diterima adalah seperti mesti perempuan itu memandang poket si lelaki.macam2 andaian yang dilakuka terhadap mereka.
Siapakah kita untuk menilai layak atau tidak sesuatu perkara itu,Biar kita berpijak dibumi yang nyata.Tak salah kita berusaha kearah perkara yang memberi kebaikan pada dua insan.Yang terlalu banyak masalah adalah kemasukcampuran orang luar dalam menurunkan semangat kita.Kepada yang telah berjaya membuktikan pada kehidupan berkaitan hal layak atau tidak ini.Saya ucapkan tahniah kepada anda.Dan kepada yang suka memberi kejian dan hinaan pada mereka yang sudah membuktikan hal layak atau tidak tiada dalam kamus mereka,Diharapkan mereka hentikan tomahan sedemian rupa.
Isu layak atau tidak,bergantung pada usaha dan doa kita semua.jika kita inginkan seseorang perempuan atau lelaki tapi kita rasa kita tidak layak,saya rasa anda perlu usaha dan berdoa agar hajat dihati anda tercapai.Namun jika usaha anda tidak berjaya sebenarnya anda telah berjaya belajar sesuatu benda yang baru.
Aku pernah mengalami benda sebegitu dulu.Aku cintaka seseorang wanita.tapi akhirnya aku masih belum dapat memperolehi hatinya.Aku anggap semua itu adalah usaha dan semangat aku.Bila aku gagal mendapatkan dia.Aku redha dengan Ketentuan Ilahi.
Kepada yang sedang menjalinkan hubungan kita doakan semoga berkekalan hendaknya.dan kepada yang telah gagal atau terputus ditengah jalan,janganlah ada musuh diantara kita kerna diketika itu cinta adalah indah pada manusia yang bermain dengan dua perasaan.
KU MAHU KAU TAHU
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Pesan Ayahku........
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
No comments:
Post a Comment