Friday, July 30, 2010

Jangan kau Alpa,Lupa & Hina

Dugaan….cabaran….lumrah sebuah kehidupan
Adakala manusia alpa dengan kisah dunia
Penuh seribu sebuah cerita.
Yang Elok semua dierti empunya
Yang Buruk semua salah dikira..
Tidak lansung ucap syukur kepadaNya..
Seborongan kata tanpa tujunya
Diceca dikeji itulah rupanya
Oh Manusia…jangan lah kau alpa..

Jangan dibatas keupayaan diri…
Jika terdaya gerakan kaki
Aku tahu kau tidak mahu disimpati
Kau tidak mahu dikhianati
Jika itu ertinya diri
Kau perlu tabahkan hati…
Tanamkan serumpun api
Biar malam jalan mu tak lagi dikaburi…
Biar terang disuluhi…
Tapi ingat….
Oh manusia…jangan kau lupa diri…

Apa kau cari manusia..
Tiada apa –apa
Cuma yang ada sebuah perhiasan dusta
Didunia yang Cuma seketika
Belum pasti akan kekal pangkalnya.
Biarkan mereka berlumba
Biarkan mereka nikmati segala
Itu mainan sebuah ceritera
Bongkah,sombong,Taksub sifatnya
Itula manusia yang bukan manusia.
Oh Manusia…Jangan kau hina Dia.

Dunia kita cuma sementara
Esok atau lusa pasti tiada nafasnya.
Dunia kita sama sahaja
Yang dikejar sama saja
Hasil saja yang berlainan punca.
Tapi ingat pesanku..
Jangan kau alpa,lupa dan hina
Setiap masa Dia perhatikan kita.
Banykkan ilmu pengubat alam diSana
Jangan nanti jatuh kau di Neraka
Kerna gagal bergelar manusia
Manusia yang lupa pada Dunia

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal