Lumrah kehidupan tidak pernah siapa yang menduga..Tiada siapa yang menduga apa sebenarnya erti sebuah kehidupan dimuka bumi ciptaan Ilahi.Apa yang dapat aku lakukan adalah dengan usaha dan doa yang berkekalan.Semoga apa yang kita lakukan kini dan akan datang adalah yang terbaik dalam hidup kita.dan jadikan kisah perbuatan dahulu sebagai pengalaman dan pengajaran.kerna diketika itu adalah kisah yang mencorak diketika ini
Saturday, July 31, 2010
Kerja Oh Kerja..
Bilakah akan dapat jawatan yang boleh menjamin hidup ku..Itulah antara luahan yang bisa didengar dikalangan pelajar lepasan Universiti.Sudah puas mencari dan berusaha.Tapi masih tidak kunjung tiba.
Walaupun ada saja iklan jawatan kosng yang ditawarkan di carian enjin sesawang internet mahupun muka akhbar,Namun tidak diketahui siapakan empunya gerangan yang memperolehi jawatan tersebut.
Kepada yang sudah mendapat pelunag dan kerjaya yang menjamin masa hadapan.Ucapan tahniah buat kalian.Tapi berapa ramai yang mampu tersenyum berbanding yang masih terlalu ramai bersedih mencuba ruang2 kosong jawatan di Malaysia.
Dalam mengisi jawatan kosong di pihak kerajaan.Pastinya memerlukan banyak saingan dan juga saringan.Step by step perlu dilalui.Ada yang kata jawatan yang diiklankan adalah sekdar untuk mengaburi mata pencari pekerja diluar sana.Ada yang kata hampir 90% iklan yang diwartakan adalah untuk mengaburi pihak berwajib daripada menyelidik mengapa seseuatu jabatan atau kementerian tidak mengambil pekerja baru sedangkan ada dikalangan staf sedia ada yang bersara atau mengosongkan jawatan.Dalam hal ini,kita perlu tahu setiap yang kosong perlu diisi agar proses perkhidmatan dalam sektor kerajaan berjalan dengan Lancar.Ada juga yang mengatakan iklan yang diiklankan sebenarnya sudah ada pengisian jawatannya,Cuma diwartakan agar tidak ada syak wasangka daripada pihak berwajib.Contohnya Jika jawatan yang diiklankan memerlukan 5 kekosongan,Sebenarnya 3 - 4 jawatan tersebut telah diisi.cuma yang tingal cuma satu sahaja.Jawatan satu itulah yang direbut oleh ribuan permohonan manakala yang 4 tahu adalah dari orang dalam.Betul ker?
Semuanya kita tidak boleh menjangka.Malaysia mengeluarkan berpuluh ribu graduan setiap tahun.kemana mereka ini kalau Kerajaan masih belum bersikap tulus dan amanah.Ditambah dengan skim percen baru yang menaikkan umur pekerja kerajaan bersara dari umur 55 ke 58 menambahkan lagi derita dikalangan pelajar lepasan Universiti dalam mendapat ruang dalam sektor kerajaan.
Ada yang kata mudah sekiranya untuk mendapat pekerjaaan sekiranya ada orang dalam. Mungkin kata - kata itu ada betulnya.Dalam dunia sekarang,Kroni memang dipentingkan.Dunia kebl sekarang walaupun tidak baik namun itu adalah jalan pintas untuk sesetengah masyarakat mencari apa yan terbaik dalam hidup mereka.Tapi kalau kabel yang digunakan adalah yang tidak berjawatan tinggi dalam sektor kerajaan tersebut pasti dunia kabel kita tidak kemana - mana.
Bai sektor Swasta pula,Walaupun terlalu banyak peluang perkerjaan yang ditawarkan namun masih ramai pencari kerja yang tidak mahu memilih peluang ini.Ada yang beranggapan sektor swasta adalah pilihan kedua dan boleh dibuang sekiranya prestasi atau kewangan sayarikat tersebut tidak berada dalam keadaan yang terbaik.Ini membuatkan ramai pencari kerja begitu takut untuk memilih sektor swasta sebagai cabang pencarian kerja.Kalau syarikat swasta tersebut dari syarikat besar tak apa,tapi bayangkan syarikat kecil yang bila -bila masa boleh tersungkur.
Selain itu juga.banyak syarikat swasta yang menawarkan jawatan tidak kena dengan nama jawatan tersebut.Maksud saya disini ada lah jawatan yang menggunakan nama yang begitu gah tapi sebenarnya indah rupa dari khabar.Ramai pencari kerja yang keliru dengan situasi ini.Mereka memohon jawatan kerna melihat psot kosong yang ditawarkan memiliki nama jawatan yang gah tapi sebenarnya jawatan tersebut cumalah setaraf kerani atau pekerja am biasa.
Diharapkan semua pihak membuka mata dalam hal ini.setaip tahun Universiti melahirkan hampir 5000 siswazah dalam pelbagai kursus.Bilangan universiti awam di Malaysia terdapat 20 ditambah dengan universiti swasta bilangan siswazah yang dilahirkan nescaya mencecah keangka 150000. Kemana mereka ini?
KU MAHU KAU TAHU
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Pesan Ayahku........
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
No comments:
Post a Comment