Friday, July 30, 2010

Sikap Pemandu Teksi Kuala Lumpur.

Mungkin ada yang setuju dan ada jugak yang kurang setuju.Tapi itulah realitinya bila kalian duduk di bandar besar seperti Kuala Lumpur.Rasa kurang senang dikalangan segelintir pemandu teksi kita yang kurang berhemah dan tidak memikirkan keselamat orang awam yang lain.
Jika anda berkunjung ke Bandar Kuala Lumpur,harapanya berhati - hatilah ketika mengekori sebuah teksi dihadapan anda.Kerna saya sudah kerap kali terkena dengan situasi ini.Tanpa memberi signal pemandu teksi ini suka memberhentikan kenderaan di bahu - bahu jalan dengan cara mengejut tanpa melihat ada ataupun tidak pemandu lain dibelakang.Hal demimkian membuatkan kita yang mengekori dibelakang pasti terkejut dengan keadaan yang tidak diduga.
Ditambah pula dengan keadaan hujan dan jalan yang penuh sesak,bagi anda yang tidak biasa dengan keadaan di Kuala Lumpur diharapkan lebih berhati - hati lagi.Keadaan hujan dan jalan jem yang kerap membelenggu Bandar ini membuatkan ramai pemandu teksi memberhentikan kenderaan pada tempat yang sedikit pun kita tidak menduga ia akan memberhentikan kenderaaannya untuk mengambil penumpang.Aku melihat ramai dikalangan pemandu teksi kita bersikap kurang ajar kepada penggunaan yang lain.Aku tahu mereka ingin mencari sesuap nasi tapi elok lah denganc ara yang lebih berdisplin dan tidak mengundang padah kepada orang awam.
Begitu juga dengan pemandu Bas.ada segelintir yang lansung tidak memberi laluan kepada kenderaan kecil seperti motosikal atau kereta.Keadaan merka yang besar membuatkan kita yang menggunakan kenderaan yang kerdil terpaksa mengalah dengan memberi ruang kepada bas tersebut.
Diaharapkan pemandu pengankutan awam di negara kita cubalah mengubah sikap anda.Kami tahu setiap perjalanan anda adalah pintu rezeki anda.tapi jangan lah sampai anda mengorbankan pengguna yang lain.

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal