Saturday, July 31, 2010

Petang Ini...

Petang ini...kau datang lagi
Penutup segala hari.
Menjelma la bulan dan galaksi sebentar lagi.
Itu tanda yang muknajat kau beri.
Kalian pasti tahu bisikan dihati
segeralah kalian menepati sebuah janji
janji yang perlu dipatri
Bukan mengakui tapi sekadar ingin merendah diri
Pada Ilahi Allah yang sejati.

Petang ini...air matamu jatuh kebumi
Adakah kau menangis pada kami
Yang lupa perjalanan hidup duniawi
Atau kau memberi kami rahmat yang sukar disanggal lagi
Maafkan kami tidak panjat syukur Ilahi
Kami mengkeji kerna air matamu menyusahkan kami
Pandangan kabur di setiap tar bersegi
Jalan dilalui berhimpit sesama sendiri.
Kami keji kerna anggap kedatang kau
Melambatkan enjin berfungsi.
Kasian kau petang ini,
dikeji,dimaki,dijauhi oleh manusia seperti kami.

Petang ini...angin datang ingin berkawan
Tiba2,kau yang kami keji semalam
menjadi teman
Angin bertiup dipetang ternyata nyaman.
Tidak pula manusia berkata kami tidak tenteram
lagi disuruh kau lepaskan hembusan
Jangan dipeduli omongan sipulan
Biarkan dia kepanasan
Biarkan dia kehausan
Biarkan dia kebingguangan
Kerna dia akan tahu agungnya ciptaan Tuhan

Petang ini..kau berehat lah sebentar lagi
Tugasmu hari ini sudah selesai untuk kami
Maafkan kami kerna berfikiran begini,
Kami perlukan kau diesok hari.
Kami berjanji tidak diulangi lagi
kesilapan yang boleh meguris hati
Hati kau sedikit pun kami tak peduli
kami tahu kau mendengari
setiap ungkapan dibibir makhluk Bumi
Terima kasi si Petang ini..

No comments:

Post a Comment

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal