Tuesday, October 12, 2010

BILA 1 BULAN PUTUS..TIBA -TIBA DIA BERTUNANG?...PELIK TAK ANDA.

Siapa sangka semua ini terjadi..memang sedih untuk diingat,untuk dikenang.tapi dunia ini harus diteruskan.Mengenangkan dia yang sudah mengikat pertalian pertunangan membuatkan ada dikalangan kila dan sebelah pihak menelan kepahitan yang amat perit.Muhasabah diri.Tenangkan Fikiran.
Itulah yang terjadi dikalangan segelintir kita.Bertahun - tahun bercinta.tapi apakan daya,bunga yang kita cuba kuntum dan sedut madunya dikebas orang.
Dengar -dengar sudah bertunang.Bukan tidak cuba untuk berbaik kembali,sudah cuba..tapi tidak diberi peluang untuk memperbaiki diri.
Bila kita bertanya sebelah pihak mengatakan yang dia tidak ada laki lain.dan bila tanya lagi dia mengatakan si lelaki yang terlalu kuat cemburu dan menuduh tanpa ada bukti membuatkan si wanita telah merasakan kebencian pada lelaki tersebut
Tapi bagai mana jika andaian dan kata2 dari laki itu semuanya betul.Adakah kerna sudah ada teman lain semasa sedang menjalinkan hubungan laki dan menjadikan alasan tuduhan tidak berasas itu jalan untuk memutuskan hubungan.
Ye kita tahu,kaum wanita mudah untuk menerima laki lain dikala hatinya remuk,bila ada saja perbalahan,dan dikala itu ada laki yang masuk jarum,pasti wanita mudah terlekat.
Alasan yang diberikan laki itu "caring saya, dab awak cuba pandai menuduh tanpa ada bukti yang jelas"
tapi bagaimana marah dari laki itu dan tuduhan yang si wanita ada skandal adalah perkara yang betul?
adakah kamu tidak berasa bersalah.?
Benda yang sama terjadi pada aku dan ex roomate ku..aku pelik kenapa baru 1 bulan putus sudah dia bertunang..bila masa mereka menjalinkan hubungan.atau semasa kami menjalikan hubungan mereka sudah ada skandal.Semua itu menjadi persoalan pada kami.
Mungkin bagi wanita hal ini disebabkan rasa kecewa mereka pada bekas kekasih kerana menuduh hal yang bukan -bukan.so jalan selamat adalah dengan menerima sapa saja lelaki.Boleh percaya ker?
bagi aku dalam segala hal memerlukan proses.termasuklah dari hal cinta.semuanya perlu disemai dan dibaja bersama.mana mungkin bertunang tanpa ada rasa keserasian.
Walupun semua itu sudah tersurat.biar la Allah yang tahu akan kebenarannya..Kadang2 lelaki tidak suka menuduh tanpa sebab.Lelaki tidak akan marah jugak tanpa ada yang buat dia marah.
Takpe la.tabahkan hati muhasabah diri.Biarkan dia dengan hidup dia.dan kita yang kecewa ini teruskan hidup kita.Memang sukar melupakan dia.semua itu memerlukan masa.
Tahniah kepada yang sudah yang bertunang walaupun baru sebulan anda putus dengan kekasih anda.dan pada yang dikecewakan..teruskan hidup anda..masih ada wanita yang terbaik untuk anda..Aamin

Wednesday, August 18, 2010

AKIBAT BURUK SANGKA

Buruk sangka adalah satu dari penyakit hati yang amat kronik. Ia bukan sahaja menjarah dengan parah hati dan jiwa pengidapnya, tetapi turut memusnah individu lain sebagai mangsanya. Buruk sangka juga tidak lahir tersendiri, malah ia lahir bersama dengan sifat-sifat mazmumah yang lain sebagai pakej pelengkap, seperti hasad, dengki, marah, sombong, bongkak, dendam, zalim dan sebagainya. Apabila sifat-sifat tersebut meneraju dan memacu kehidupan seseorang insan, ia akan menjadi manusia yang sentiasa resah, gelisah dan tidak tenteram, kerana sentiasa sibuk mencari keaiban dan kelemahan orang lain, tidak punya masa untuk mengingati Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t:

"(Iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan "Zikirullah". Ketahuilah!, dengan "Zikrullah" itu, tenang tenteramlah hati manusia".

Ar-Raad ayat 28

Buruk sangka yang dimaksudkan disini ialah buruk sangka yang tidak baik. Ia mengheret sifat-sifat Mazmumah yang lain bersarang dihati, yang akan mempengaruhi anggota-anggota badan yang lain supaya mengikut kehendaknya. Rasulullah s.a.w dalam sebuah hadisnya menyatakan:

"......ketahuilah bahawa didalam badan ada seketul daging,apabila ia baik,baiklah badan seluruhnya, dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah itulah yang dikatakan hati".

Buruk sangka dibahagikan kepada dua jenis:

1- Buruk sangka yang bertujuan baik, seperti untuk menyedar dan memperbaiki seseorang yang dikatakan melakukan kejahatan.

2- Buruk sangka yang bertujuan jahat demi untuk menjatuhkan maruah kedudukan seseorang.

Walau apa pun tujuannya, buruk sangka tetap memberi infak yang sangat nagetif, jarang ada manusia yang terselamat dari terkena bahana prasangka. Dengan sebab itulah,Islam sangat melarang dari berprasangka.

Dalam Sirah An-Nabawi, kita berdepan dengan satu peristiwa yang menimpa rasulullah s.a.w dan keluarga baginda. Iaitu kisah Hadis Ifqi (berita dusta) yang cuba disebar luaskan oleh musuh-musuh islam yang menjadi dalang utamanya ialah si munafik Abdullah bin Abi Salul. Ceritanya bermula disaat kepulangan tentera islam dibawah pimpinan rasulullah s.a.w dari peperangan Bani Al-Mustaliq berhenti rehat ketika diperjalanan.

Saidatina Aishah r.a meninggalkan sekeduknya (pondok kecil yang diletak diatas kenderaan seperti dizaman raja dahulu kala) untuk menunaikan hajatnya. Bila ia kembali, ia dapati kalungang telah hilang,ia berpatah balik mencari kalungan itu.Sesampainya ia ditempat tentera, didapatinya tentera sudah berangkat meninggalkan tempat itu. Mereka yang ditugaskan mengawasi keselamatan aishah tidak sedar ketiadaan Aishah dalam sekeduknya, mereka terus mengangkat sekeduk keatas belakang unta dengan sangkaan aishah berada didalamnya, kerana aishah berbadan kecil dan ringan.Aishah terus menunggu disitu dengan harapan mereka akan menyedari kehilangannya. Seperti biasa rasulullah menempatkan seorang petugas terakhir dibelakang khalifah tenteranya sebagai pengawal iaitu Safwan bin Al-Mukthal.

Dikala Safwan membuat pemeriksaan terakhir,ia ternampak satu bayang-bayang itu adalah aishah.Lalu ia merendahkan untanya dan menyuruh aishah menaiki unta itu dan ia berjalan dibelakangnya tanpa bercakap sepatah pun dengan aishah. Mereka sampai dimadinah waktu zohor. Semua orang menyaksikan ketibaan mereka berdua. Seluruh kota madinah gempar dan heboh. Cerita sumbang dan palsu diwar-warkan oleh musuh-musuh islam, walaupun Aishah adalah bersih. Tentu dapat kita bayangkan betapa keadaan Rasulullah s.a.w ketika itu dalam menghadapi peristiwa tersebut. Apa yang terdaya dilakukan oleh aishah selain menangis,sedangkan dia sedar dirinya suci dan bersih. Keadaan berlangsung selama sebulan. Aishah bersabar menantikan ketentuan allah s.w.t terhadap dirinya. Ia teringat kepada kata-kata Nabi Yaakob a.s:

"....Kalau demikian, bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya, dan kepada allah jualah dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu".

Akhirnya tiba juga penentuan allah s.w.t.Mana mungkin allah membiarkan rasulnya dan kekasihnya tertekan perasaan begitru sahaja. Dengan itu turunlah firman allah s.w.t yang menyatakan kesucian aishah:

"Sesunggunya orang-orang yang membawa datangnya berita yang amat dusta itu, ialah segolongan dari kalangan kamu, janganlah kamu menyangka (berita yang dusta) itu buruk bagi kamu, bahkan ia baik bagi kamu. Tiap-tiap seorang diantara mereka akan beroleh hukuman sepadan dengan kesalahan yang dilakukannya itu, dan orang yang mengambil bahagian besar dalam menyebarkannya diantara mereka, akan beroleh seksa yang besar (didunia dan diakhirat kelak)".

Peristiwa tersebut memberi pengajaran yang sangat besar bagi setiap orang yang cepat bersangka buruk daripada mengutamakan sangka baik.

Akibat dari buruk sangka yang sangat parah. Ia adalah wadah kehancuran,mengundang segala macam keruntuhan. Jiwa mangsanya hancur luluh, perasaan amat tertekan, rumahtangga kian runtuh, kedamaian akan musnah, masyarakat menjadi porak-peranda. Kesemuanya itu adalah gara-gara perangai buruk sangka.Justeru, Islam sangat-sangat mendesak umatnya agar mendahulukan bersangka baik daripada cepat bersangka buruk. Satu-satu hukuman tidak harus dijatuhkan hanya berdasarkan kepada sangkaan. Ia mestilah jelas terbukti 100%. Kalau terdapat 1% keraguan , maka yang 1% itu hendaklah diambil kira dan didahulukan daripada yang 99%.Inilah kewajipan amalan syar'ie.

Sangka buruk boleh terjadi dengan berbagai sebab antaranya:

1- Godaan dan tipu helah syaitan atau iblis:

Buruk sangka adalah jalan terbaik bagi syaitan merangsang manusia untuk bergaduh, mengumpat, melempar tohmahan, membuat pakatan jahat, berpecah belah dan sebagainya.

2- Kelemahan jiwa:

Jiwa yang lemah akan mendorong seseorang mudah terikut dengan pemikiran yang negatif dan buruk terhadap orang lain.

3- Perasaan sombong dan bongkak:

Perasaan ini menyebabkan seseorang itu merasakan dirinya lebih baik daripada orang lain. Ia merasa dengki kalau ada orang lain mendahului dalam mengecapi sesuatu kejayaan atau membuat sesuatu kebaikan atau pun mendengar orang memuji musuhnya dihadapannya.

4- Keburukan batinnya:

Seseorang yang biasa membuat tipu helah dan penipuan akan merasakan orang lain juga sama sepertinya.

Sidang Jumaat yang dirahmati allah sekalian,

Tiada penawar mahu pun yang berasaskan sainstifik atau tradisional yang mampu mengubati dan menyembuhkan penyakit buruk sangka ini. Namun para ulamak dan cendiakawan islam ada menyarankan beberapa cara . Antaranya:

1- Buruk sangka terhadap diri sendiri, tetapi jangan mencari kekurangan orang lain, tetapi bergaullah dengan orang yang diburuk sangka terhadapnya itu dengan lebih rapat dan berdoalah untuk kebaikkan baginya.

3- Bermuhasabah diri setiap hari, jadikanlah diri kita seorang yang dapat menguasai was-was, bukan orang yang dikuasai was-was.

4- Perbaikilah diri kita dan bersihkanlah ia dari sifat buruk, kerana disebalik buruk sangka akan mengundang sifat-sifat keji yang lain.

5- Ingatlah selalu bahawa Mahabbah,Mawaddah dan bersikap toleransi itu adalah nikmat yang sangat besar. Jangan musnahkan nikmat itu dengan sifat buruk sangka.

6- Ingatlah selalu, bahawa buruk sangka boleh merosakkan diri kita. Kita akan kehilangan rakan, kekasih,saudara-mara,malah juga isteri. Kita akan kehilangan ramai khalik dan disisih oleh masyarakat.

7- Ketahuilah dan ingatlah, bahawa syariat islam meletakkan asasnya atas rasa sangka baik terhadap semua orang islam dalamsemua bidang: ekonomi,politik,sosial dan lain-lain lagi.

Friday, August 13, 2010

TEMANI KEKASIH BERBELANJA

Mungkin moment seperti ini bagi lelakmerupakan hal yang membosankan tetapi bagi para wanita tentu selain untuk belanja juga untuk mendekatkan dengan kekasih hati. Apalagi ketika belanja yang membutuhkan waktu yang tidak sedikit. Nah bagaimana mengatasinya? ketika temani kekasih belanja? atautemani isteri belanja? Berikut ini tips apa yang harus dilakukan lelaki jika menemani kekasih hati belanja atau shopping.
1. Beri Pendapat
Adakalanya kekasih mengajak belanja tidak sekedar hanya untuk menemani, wanita sebenarnya suka lelaki memberi pendapat mengenai barang yang akan dibeli, sesuai atau tidak. Bukankah lelaki akan senang juga ketika melihat kekasih hatinya terlihat semakin cantik misal dengan membeli baju yang sesuaidengannya?
2. Muka Ceria
Jangan menunjukkan muka yang tidak ceria atau perasaan tidak gembira ketika menemaninya. Hal ini mungkin malah menimbulkan masalah ketika berbelanja, bad mood pun akan timbul.
3. Cari Hiburan Sendiri
Seperti pada point kedua, daripada menunjukkan perasaan tidak gembira lebih baik mencari hiburan alternatif. Misal menelpon teman.
4. Jangan Tergesa-gesa
Adakalanya, wanita perlu waktu yang lama untuk berbelanja, karena setiap barang yang akan dibeli perlu difikirkan panjang lebar. Termasuk juga proses tawar-menawar atau perbandingan harga. Lelaki harus faham bahwa wanita “cerewet” dalam berbelanja.
5. Bantu Membawa Barang
Mungkin hal ini dapat berkesan bagi setiap wanita ketika lelaki menunjukkan kasih sayangnya dengan membawa barang-barang belanja.
Itulah beberapa tips harus dilakukan lelaki jika menemani kekasih hatinya belanja, tapi bagaimana sikap yang harus dilakukan oleh para wanita? agar si lelaki tetap gembira menemaninya

MANFAAT BERCINTA BAGI WANITA

Tak dapat disangkal, seiring dengan bertambahnya jumlah wanita bekerja ternyata penurunan gairah dalam bercinta juga kian berkembang menjadi ‘wabah‘. Bersikap ambisius dan selalu berorientasi sukses memang satu hal yang penting dalam hidup, untuk itu kita harus mempertahankan energi yang ada pada diri kita. Sayangnya, dalam perkembangannya kita jadi kehilangan sentuhan feminim, termasuk potensi sensual.
Bercinta juga besar peranannya dalam rangka meraih prestasi kehidupan, sama pentingnya dengan merawat kesehatan, melatih kebugaran dan menjaga bentuk tubuh. Mengapa bercinta tak boleh kalah bersaing dengan aktivitas tubuh lainnya? Inilah alasan-alasannya:
Bercinta = membangkitkan percaya diriBagi banyak wanita aktif, kerasnya persaingan di dunia kerja dan kesibukan rumah tangga dapat meruntuhkan kemampuan seksual. Nah, disinilah bercinta berfungsi untuk mengembalikan vitalitas. Tak hanya memacu kemampuan fisik, tetapi juga dari segi emosional. “Seks adalah penopang kehidupan. Seks memupuk sikap positif dalam melihat diri sendiri, termasuk tubuh dan daya pikat diri.“
Bercinta = memperbaiki cara pandang terhadap diri sendiriMemelihara bentuk tubuh yang kencang, berisi, memang dapat membuat Anda merasa prima, bertenaga dan seksi. Tapi jika Anda melakukannya terlalu ekstrim juga dapat berakibat buruk. Mungkin Anda merasa bangga jika berhasil menurunkan bobot, atau berhasil mengecangkan bagian perut. Tapi cara pandang seperti ini bisa menurunkan hasrat seksual Anda. Lalu bagaimana cara kita agar lebih mencintai diri sendiri ? Milikilah kehidupan seksual yang menyenangkan.
Bercinta = membuat kehidupan asmara lebih indah
Ketika kita mengabaikan emosi, maka kita berubah menjadi kekasih yang tidak punya antusiasme. Jika hal ini berlangsung terus, maka anggapan bahwa seks sebagai sesuatu yang menyenangkan lambat laun akan memudar. Dan segera sesudahnya, seseorang bisa sama sekali tak mau melakukan hubungan seks. Sentuhan-sentuhan sensual yang ringan sebetulnya pelan-pelan dapat membantu terbentuknya hubungan yang tahan lama. Di lain pihak, lenyapnya hasrat seksual dapat memperburuk masalah-masalah hubungan yang sudah ada. Jika Anda menikahi seseorang, bisa saja banyak terjadi perbedaan pendapat. Namun saat Anda bercinta dengannya, semua masalah seolah terabaikan. Bercinta adalah sebuah cara untuk dekat dengan pasangan. Mengingatkan kembali alasan mengapa Anda berdua menikah. Maka, dengan sedikit perhatian dan upaya, hidup perkawinan Anda akan kembali berharga dan menggairahkan.
Bercinta = menghalau stresSeperti halnya berolahraga, bercinta dapat menstimulir produksi hormon endorfin, yakni hormon yang bekerja untuk meringankan, bahkan menghilangkan rasa sakit. Bercinta juga dapat mempengaruhi perubahan mood, termasuk semangat berolahraga. Di tengah kesibukan mengurus rumah tangga maupun bekerja di kantor, mungkin tak ada hal yang lebih menyenangkan dan menyembuhkan selain sentuhan-sentuhan romantis. Tapi wanita yang pesimis menganggap hal itu mustahil dilakukan. Stres yang mereka alami mengakibatkan libido mereka menghilang. Menyediakan waktu untuk bercinta berarti melepaskan mood dari tekanan masalah keseharian. Tapi sekali saja seks dimengerti sebagai hal yang prioritas, maka hal itu akan menjadi bagian tak terpisahkan dari kehidupan.
Bercinta = menjernihkan pikiran
Bercinta tak hanya pereda stres alami, melainkan juga menyegarkan pikiran dan merangsang kreatifitas. Ketika Anda mengalami orgasme, itu setara dengan hembusan angin yang menghalau semua pikiran buruk dari benak Anda.
Bercinta = meningkatkan kebahagiaanDari sebuah penelitian membuktikan, dari semua responden yang mengaku sangat bahagia, ternyata 72% di antaranya melakukan hubungan seksual paling tidak seminggu sekali. Bahkan 73% dari mereka mengakui jika seminggu saja tak bercinta, mereka akan menjadi amat tidak berbahagia. Jadi, cara apa lagi yang lebih hebat untuk mengembalikan kebahagiaan, selain bercinta ?
Bercinta = meningkatkan kualitas hidup
Wanita aktif yang bekerja terus-terusan, atau berlatih olahraga terus-terusan tidak akan memperoleh kebugaran tubuh yang sempurna. Berlatih terlalu keras akan berakibat negatif terhadap aktivitas seksual Anda, dan otomatis tidak akan punya energi lagi untuk menikmati sisi kehidupan lainnya termasuk seks.
Bercinta = hal paling menyenangkanKita semua adalah mahluk seksual. Kita yakin bahwa seks selalu dapat memberi kesenangan, sekalipun bukan untuk tujuan membuahkan keturunan. Artinya, bercinta secara teratur sebenarnya merupakan bagian yang menyenangkan dari sebuah pola hidup perkawinan.

Friday, August 6, 2010

RAMADHAN DATANG LAGI

Sering kita mengatakan atau mendengar bahwa puasa (shaum) adalah berfungsi untuk
menundukkan hawa nafsu buruk kita. Namun, yang dimaksud sekadar menahan nafsu makan
dan minum, tidak berbohong, tidak bertengkar atau aktiviti lain yang bersifat moral sematamata.
Sekiranya faktanya sedemikian rupa maka sebenarnya telah terjadi penyempitan makna
dari menundukkan hawa nafsu itu sendiri. Allah SWT berfirman:

Tiadalah yang diucapkannya itu (al-Quran dan al-Hadist) menurut kemauan hawa nafsunya.
Ucapannya itu tiada lain hanyalah wahyu yang diwahyukan (kepadanya). [TMQ An-Najm (53):
3-4) ]
Dalam ayat di atas, Allah SWT secara tegas menjelaskan bahwa hawa nafsu dan wahyu
saling berbeza. Hawa nafsu adalah segala bentuk dorongan yang berasal dari dalam diri
manusia. Oleh karena itu, hawa nafsu tidak hanya terbatas pada aspek moral sahaja,
melainkan meliputi seluruh dorongan ada dalam diri manusia yang terwujud dalam seluruh
aktiviti. Sebaliknya, wahyu adalah sesuatu yang diwahyukan oleh Allah kepada Rasulullah saw.
berupa perintah dan larangan. Wahyu ini yang harus mengendalikan hawa nafsu manusia. Jika
hawa nafsu manusia tidak dibimbing wahyu, ia akan cenderung pada keburukan.
Oleh itu, ketika bulan Ramadhan dikatakan sebagai bulan menundukkan hawa nafsu, maka
yang seharusnya terbayang dalam fikiran kita adalah kita mencampakkan dan membuang
jauh-jauh seluruh aktiviti yang dilarang oleh Allah SWT. Selain kita meninggalkan aktiviti
menyakiti orang lain, kita juga harus meninggalkan amalan-amalan apatah lagi
mempropagandakan sekularisma, pluralisma, feminisma, kapitalisma, pornografi, dan fahamanfahaman
sesat lainnya; kita juga harus menghentikan kezaliman terhadap rakyat seperti
menaikkan harga minyak yang sepatutnya hak rakyat ini diurus menurut hukum syarak; kita
juga harus meninggalkan aktiviti menghalang atau bahkan memfitnah agama dan tajassus
(memata-matai) serta menghalang pendakwah Islam.
Kita juga mesti berusaha untuk tidak melakukan transaksi riba, bermuamalah secara kapitalis,
berpolitik Maciaveli, bernegara tanpa undang-undang yang dilandasi al-Quran dan Hadis,
mempertahankan sistem aturan manusia, berinteraksi dalam masyarakat tanpa disandarkan
kepada sistem sosial kemasyarakatan yang Islamik, serta menjalani seluruh kehidupan tanpa
syariat Islam. Semua itu mesti kita tinggalkan sebagaimana kita berusaha untuk meninggalkan
sifat iri, dengki, sombong, takabur dan seluruh sifat buruk lainnya.
Seterusnya kita harus mengiatkan diri dan bersemangat untuk bersama-sama, tolongmenolong,
dan terlibat aktif dalam menjalankan dakwah; menyeru penguasa yang zalim untuk
bersegera menerapkan syariat Islam; menyeru masyarakat untuk bersegera terikat dengan
syariah, tetapi bukan sebaliknya. Rakyat dinasihati supaya sabar menghadapi kesulitan hidup,
sementara penguasa yang menyebabkan kesulitan hidup rakyatnya malah dibiarkan.

Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan al-Quran sebagai petunjuk (hudan) bagi
manusia, penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu (bayyinat) dan pembeda (furqân)
(antara haq dan batil). [TMQ al-Baqarah (2): 185]
Ayat ini menjelaskan, bahwa al-Quran diturunkan oleh Allah SWT sebagai petunjuk bagi umat
manusia yang mengimaninya; dalil yang jelas dan tegas bagi mereka yang memahaminya,
yang terlepas dari kebatilan dan kesesatan; juga merupakan pembeza antara yang haq dan
batil, halal dan haram (Lihat: Tafsîr al-Qur’ân al-‘Azhîm, I/269).
Al-Quran bukan kumpulan pengetahuan semata, tetapi juga petunjuk bagi manusia. Al-Quran
tidak hanya sekadar dibaca dan dihafalkan saja, melainkan wajib difahami dan diamalkan isinya
dalam kehidupan seharian. Nabi saw. dalam berbagai hadisnya menegaskan, bahwa
sesiapapun yang berpegang pada al-Quran dan as-Sunnah tidak akan tersesat
selama-lamanya. Allah SWT berfirman:

Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa setiap perintah yang terdapat dalam al-Quran, adalah
mutlak harus dilaksanakan, dan setiap larangannya harus ditinggalkan, baik terasa berat
maupun terasa ringan. Yang tertanam dalam hati dan fikiran adalah, “Kami mendengar dan
kami patuhi!” Alangkah ruginya orang yang memahami al-Quran tetapi tidak mengamalkannya.
Demikian juga bagi orang yang sentiasa menyerukan Islam namun tidak menjalankannya.
Apalagi bagi orang yang menjadikan al-Quran sebagai ‘barang dagangan’, suka memutarbelit
pemahaman di dalamnya, bahkan mengatakan al-Quran penuh dengan mitos dan buatan
Muhammad. Sungguh, orang tersebut bukan hanya orang yang rugi, namun juga dilaknat oleh
Allah. Jadi, pada bulan Ramadhan, Allah SWT bukan sekadar memerintahkan kita berpuasa
supaya kita bertakwa, tetapi juga menurunkan al-Quran sebagai sumber aturan untuk mencapai
ketakwaan .
Ketiga: Allah sungguh Maha Adil, Maha Bijaksana, dan Maha Pengasih, dan Maha
Penyayang. Dalam bulan Ramadhan pintu keampunan dibuka oleh Allah seluas-luasnya,
syaitan-syaitan dibelenggu agar tidak dapat menggoda manusia untuk berbuat mungkar,
pintu-pintu syurga dibuka seluasr-luasnya, dan berbagai kenikmatan Allah dicurahkan. Dalam
bulan ini juga terdapat satu malam yang lebih baik daripada 1000 bulan. Itulah malam Lailatul
Qadar. Pada malam tersebut untuk pertama kalinya diturunkan al-Quran kepada Rasulullah
saw. sebagai petunjuk hidup bagi seluruh umat manusia; bukan hanya bagi kaum Muslim saja,
tetapi juga berlaku bagi umat selain Islam. Itulah tanda rahmatan lil ‘alamin-nya Islam.





Thursday, August 5, 2010

MIMPI TINGGAL MIMPI

Apa boleh buat kalau orang yang kita cintai tiba - tiba berubah fikiran atau menjalinkan hubungan dengan orang lain.Walaupun terlalu perit untuk dilalui semua itu.Tapi nak taknak kita kena biarkan dia pergi bersama orang lain.Adakalanya orang berkata..Kalau kita sayangkan seseorang,lepaskan dia.itu tanda kita berkorban untuk dia.Tapi pernah ke dia rasa perasaan kita ketika itu,Terlalu perit.Dia bersama teman baru yang mesra sedangkan kita menangis tanpa kata.Mungkin ada balasan utuk seseorang yang menyakitkan hati dan perasaan orang lain.
Jika kita tahu semua ini akan berlaku,nescaya takde seseorang pun yang cuba untuk mencorakkan takdir berjumpa dan menjalinkan hubungan dengan dia.last -last kita yang ditinggalkan sedangkan dia menjalinkan hubungan dengan orang lain.
Bagi saja semuanya telah ketentuan sedangkan saya telah cuba yan terbaik.kita cuba membahagiakan seseorang  tapi dengan sedikit perubahan fikiran atau sikpap.Kita ditingalkan dengan tanpa alasan yang kita.Mengapa menjalinkan hubungan jika kita tahu kita takkan bersama.Mungkin sebelah pihak sahaja yang berasa gembira akan perpisahan ini,sedangkan yang sebelah pihak lagi akan terus menagis dan menangis.
Bila difikirkan kepada yang pernah meningalakan kekasih mereka tanpa sebab harap faham la.anda bermain dengan fikiran emosi dan jiwa seseorang.Ianya boleh jadi tekanan mahupun lebih teruk seseorang umut berdendam dengan seseorang umat.Mungkin bagi pihak yang meminta  putus tidak berasa apa2 tekanan tapi apa pula dipihak yang terpaksa memutuskan walaupun tanpa kerelaaan.sunguh tertekan dibuatnya.
Sekarang impian mimpi tingal mimpi.dia yang pernah kita puja sudah bersama dengan orang lain.yang tinggal cumalah kenangan dan tangisan dari seorang insan yang dilukai.takpe la mungkin suatu hari nanti dia kan rasa apa yang pernah dia buat kepada kita.
Mungkin jugak jodoh dan ketentuan begini,tapi apakah salah kita sampai hendak memutuskan hubungan cinta yang tercipta tanpa sebab.Kepada yang pernah ditinggalkan,saya harap anda tabah mengahadpi dugaan ini.Biarlah dia yang pergi dan kecewakan kita mengerti cinta sejati kita dulu.Kepada anda jangan takut untuk mengenali apa itu sebuah erti cinta


Tuesday, August 3, 2010

CINTA SEMPURNA

Ramai yang berkata, tidak ada apa pun yang sempurna di dunia ini. Kita sebagai manusia mempunyai kekurangan. Kita mampu berusaha, Tuhan menentukan segalanya. Itu memang benar! Tuhan menentukan segalanya, tetapi seperti mana kita semua juga telah sedia maklum, Tuhan tidak mengubah nasib kita sehingga kita sendiri mengubahnya!

Bagi sesetengah orang, mencari cinta bukan perkara yang mudah. Mencari cinta sejati lebih sukar. Mencari dan memperolehi Cinta Yang Sempurna jauh sekali. Apatah lagi bagi wanita yang seringkali dikecewakan, putus cinta, dan wanita yang kerap berjumpa dan berpasangan dengan lelaki berbahaya, mempunyai sebuah perhubungan dan keinginan untuk bercinta lagi sudah hampir tidak ada lagi dalam kamus hidupnya.


Ramai wanita saya temui, tidak perlu untuk diberitahu supaya berusaha keras ke arah untuk memperolehi cinta yang sejati. Tidak kiralah wanita “single” yang sedang mencari cinta dan pasangan, wanita yang sedang berpasangan, mahu pun wanita yang telah berkahwin. Malah, mereka ini semuanya berusaha keras untuk mendapatkan cinta sejati. Berusaha keras sehingga akhirnya mereka kepenatan!

Masalahnya di sini, bukanlah soal kekurangan usaha; soalnya mereka hanya cuba dan berusaha tentang apa yang mereka tahu, dan tidak tahu APA cara lain untuk dibuat. Lagi kuat mereka berusaha, lagilah akhirnya mereka melukakan diri dan perhubungan mereka sendiri.

Ramai juga dan selalu kita lihat wanita yang bahagia, rasa dirinya cukup sempurna, lengkap dalam hidup dan perkahwinannya tanpa berusaha dengan terlalu kuat dan gigih untuk mencapai keadaan ini. Mereka seolah-olah mempunyai kualiti yang tidak putus dan berterusan yang kadangkala mereka sendiri tidak tahu apakah ia.

Kualiti seperti ini saya gelarkan, “Wanita Yang Sejati”. Macamana rupanya kualiti ini? Bolehlah dikatakan seumpama orang yang menari ‘waltz’. Dilakukan dengan betul, pasangan akan menghasilkan satu tarian yang kelihatan mudah, ‘ada kelas’, dan amat cantik segala pergerakan. Wanita Yang Sejati ini kelihatan cantik dalam segala aspek kehidupannya – cara dia berjalan, bercakap, duduk, mahupun mengikat rambut. Dia tidak mempunyai banyak masalah dalam perhubungannya; sama ada hendak menarik perhubungan yang diinginkan dalam hidupnya atau pun mempunyai perhubungan yang benar-benar terisi yang sedang dinikmatinya sekarang.
Setiap wanita telah dicipta untuk mempunyai aliran “Wanita Yang Sejati” ini. Saya tidak maksudkan dengan cara memakai pakaian tertentu atau bercakap dengan cara yang dibuat-buat. Saya maksudkan tentang keyakinan terhadap diri sendiri dan tentang keunikan kecantikan. Cuba anda fikirkan sejenak, siapakah agaknya yang anda kenali seolah-olah berterusan menikmati dan mempunyai sebuah perhubungan yang bahagia?

Saya sedar ada yang akan mengatakan tidaklah dalam semua keadaan wanita akan berjaya melakukan perkara seperti ini sebagai contoh dalam situasi wanita yang didera dan seumpamanya. Saya setuju, ada masanya walaupun dengan usaha yang terbaik dan bersungguh-sungguh, pasangan seseorang wanita itu tetap berterusan membuatkan usaha itu menjadi perkara yang mustahil untuk berjaya.

Walau bagaimana pun keadaan seperti itu adalah sangat sedikit, apatah lagi bagi wanita yang belajar tentang rahsia bagaimana untuk meletakkan hatinya/perasaannya dahulu, iaitu sumber yang sebenar dan tulen, kekuatan, keyakinan diri, dan “kuasa” wanita tersebut

Bukanlah sesuatu yang memeranjatkan sekiranya saya mengatakan kepada wanita bahawa lelaki tidak sama dengan mereka. Lebih dari itu, perkara penting di sini bukan sahaja lelaki berbeza berbanding wanita tetapi juga kenapa mereka berbeza dan bagaimanakah perbezaan tersebut sebenarnya 
 boleh membuat keuntungan atau memberi kelebihan kepada wanita. Malah jika dilihat, perbezaan tersebut seolah-olah wujud dalam bentuk semulajadi yang membolehkan mereka mempengaruhi lelaki.

Selalu juga wanita bertanya apa yang lelaki inginkan? Saya rasa persoalan yang lebih penting dari itu ialah,”Apakah tindakan atau “skill” yang saya boleh guna berulangkali yang menjamin dia ingin memperuntukkan masanya bersama saya, atau, apakah teknik yang boleh saya buat yang pasti berjaya pada setiap kali ia digunakan?”

Sebelum saya memberitahu apa yang perlu anda buat dalam hal yang melibatkan berkenaan lelaki, perlu bagi saya mengajak anda untuk sekurang-kurangnya 
 berani untuk mengambil risiko. Mengambil risiko untuk keluar dari kebiasaan anda dan berani untuk hidup ke arah apa yang anda impikan. Mungkin cadangan ini agak janggal atau seolah-olah mudah sahaja untuk saya katakan kepada anda tetapi perlu anda fikirkan tentangnya secara serius.

Dalam perhubungan, wanitalah yang selalunya lebih utama ingin meningkatkan, membina, dan seterusnya mahu menjadikan perhubungan lebih rapat. Mereka sentiasa dan berterusan mencari cara-cara baru dan terbaik pada pandangan mereka untuk mencapai matlamat ini walaupun pasangannya tidak terlibat sama dalam usahanya itu.

Anda sebagai wanita sebenarnya adalah 
 pakar dalam perhubungan. Ramai wanita terlibat dalam tindakan yang memusnahkan diri sendiri dengan hanya berharap seseorang lelaki itu kemungkinan besarnya dapat menyelamatkan diri mereka.

Ingat! Anda bertanggungjawab di atas kebahagiaan diri anda sendiri!

Pernahkah anda merenung kembali terhadap perhubungan anda dan mendapati ada sesuatu yang hilang atau masih tidak lengkap? Mungkin juga anda ialah seorang yang masih belum berpasangan tetapi mempunyai kehidupan sosial yang aktif. Anda selalu juga ‘dating’ tetapi tertanya-tanya kenapalah anda masih juga gagal bertemu dengan seseorang yang istimewa? Mungkin juga anda telah berumahtangga, wanita yang telah bertemu dengan pasangan hidup tetapi merasakan seolah-olah dalam perkahwinan anda itu, cinta dan kasih-sayang seolah-olah semakin pudar dan hilang.

KHASIAT BUAH KURMA

Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.

SIAPA AKU PADA KAU

Jangan bertepuk sebelah tangan...Ramai yang tanya..agak2nya siapa la aku pada dia.Aku dah buat macam - macam untuk dia.Tapi dia masih belum sudi menerima cinta aku.Apa kurangnya aku.Apa yang aku buat semunya ikhlas untuk dia.Tapi takkan la sedikit pun dia tak dapat nak baca apa sebenarnya yang ada dalam hati ini.dan kenapa perlu aku habiskan masa wang ringgit tok dia...Tolong la rasa perasaan aku ini...
Aku buat ikhlas tapi kau kan manusia..cuba rasa jika kau ditempat aku..
Itulah persoalan yang mungkin membelenggu sebahagian dari kita.Cinta tak dibalas lumrah dalam dunia remaja sekarang.Pergi kesana sini berdua..makan berdua.bersukan berdua.Tapi pasal cinta saya dengan dia cuma kawan.
Mungkin bagi wanita..dia mahukan lelaki tersebut usaha...baru nampak kesanggupannya..Tapi payah plak pada lelaki..Lelaki ini dilahirkan dengan sikap kasarnya...kalau dah banyak kali perempuan mengelak lama2 laki akan jadi cepat bosan..
Ajak menjalin hubungan kali pertama kata nanti dulu.Ajak kali kedua kata nanti dulu..ajak kali ketiga pun jawapannya kata nanti dulu Hai wanita kamu ni nak menguji atau jual mahal..kamu kena paham jugak.Lelaki nie cepat bosan dan cepat sangat mengalah..takkan la laki jer kena faham yang permpuan nak tengok kesanggupan seorang lelaki.Tapi kalau dok mengelak tak habis2..jadi bosan la kami.So akhirnya dari perasaan bunga2 cinta yang sebelum ini cuba disunting sudah menjadi teman tapi mesra disebabkan oleh jual mahal dari pihak wanita.
Bila lelaki dah anggap teman tpi mesra so jangan harap la kamu boleh nak dapatkan dia lagi..so jangan la mengelak atau buat laki fedup okey...
kalau sekali kamu menolak mungkin akan ada usaha lagi dari pihak lelaki tapi kalau 3 kali kamu tolak..Ini jawapan tok kamu...Babai saya nak cari wanita lain..kita kawan saja yer..kan dah melepas kamu..sapa suruh kamu jual mahal sangat.

LIRIK LAGU KEGEMARANKU...MENITI SURATAN

Dahaga kasih padamu
Tiada akhirnya
Dalam kepekatan malam
Kaulah bintang
Ku gapai jatuh
Untukmu sentuh
Namun bagiku hadirmu
Seminit menjadi penawar

Sampai bilakah kita ini
Asyiknya merindu sendiri
Ada kasih dan ada cinta
Tapi terhalanglah
Oleh insan alpa
Materialistik yang
Menghukum cinta
Sebegini...

Bebaskanlah kita ini
Di belenggu dunia

Andai hanyut bahtera
Kita rela di lautan gelora
Itulah rela
Kita berdua

Hadirlah kau kasih
Nyatakan cintamu
Doaku yang lama

Inginku bawamu
Bersama hasratku
Meniti suratan
Agar kenal kebahagiaan

Takdir kita kasih
Tuhan menentukan
Serah keimanan
Pasti sinar kebahagiaan

Jua kaulah insan suci
Wangian syurgawi
Pekat malam yang berlabuh
Aku teguh... di jiwa
Kau tiba jua...

RESTU KELUARGA


Terus terang saya katakan, yang saya tidak dapat menjawab soalan ini seperti seorang kaunselor. Tetapi, saya boleh kongsikan 5 Sebab Mengapa Perlu Dapat Restu Keluarga Sebelum Berkahwin berdasarkan pengalaman yang telah saya lalui setelah empat tahun mendirikan rumahtangga.
Sebab-sebabnya ialah;
  1. Kita telah habiskan lebih 20 tahun bersama keluarga. Banyak pengorbanan yang telah mereka lakukan untuk membesarkan kita (terutama ibubapa). Adalah tidak wajar, jika kita tinggalkan keluarga untuk orang yang baru kita kenal tak sampai 2 tahun. 2 tahun dengan 20 tahun. Jauh bezanya, kan?
  2. Kita sama sekali tidak mahu, perkahwinan yang kita bina menjadi punca terputusnya ikatan kekeluargaan. Sekiranya perkahwinan kita direstui oleh keluarga, insyaAllah silaturrahim antara keluarga akan terus kukuh selama-lamanya.
  3. Semakin dewasa umur kita, semakin banyak perkara akan memerlukan penglibatan dan kerjasama keluarga. Sebagai contoh: apabila ibubapa sakit, perlunya ada pengagihan tugas sesama adik beradik. Selain itu, apabila kita perlukan bantuan kecemasan seperti menjaga anak dsb, keluarga adalah orang pertama yang paling dipercayai. Dan merekalah yang akan banyak memberikan sokongan moral kepada kita tatkala kita memerlukannya.
  4. Anak-anak kita perlukan kasih sayang daripada datuk dan nenek mereka. Adalah tidak wajar jika kita memisahkan pertalian tersebut kerana permusuhan kita dengan ibubapa. Percaya atau tidak, anak-anak akan memerhatikan bagaimana caranya kita melayan orang tua kita, dan tidak mustahil mereka akan menirunya apabila dewasa kelak.
  5. Restu keluarga untuk sesebuah perkahwinan akan memberikan kita lebih banyak peluang untuk berbuat baik kepada ibubapa dan ahli keluarga yang lain. Allah akan membantu hambaNya selagimana dia membantu orang lain. InsyaAllah, Dia akan murahkan rezeki kita dan  rumahtangga kita akan lebih diberkati.
Sekian sahaja untuk kali ini. Diharap semoga tips ini dapat membantu mereka yang mungkin berbelah bahagi antara keluarga dan kekasih.

Monday, August 2, 2010

KEKASIH ATAU AWEK

Dia la awek aku...
Awek ko....okey....Tapi aku kalau orang yang aku cintai..aku tak panggil awek atau marka tau..aku panggil kekasih.Dia adalah orang yang aku sayang.So aku nak letak dia dilevel yang sepatutnya dia dapat.Aku taknak orang yang aku sayang.Disama levelkan dengan wanita -wanita lain.Mungkin ko tak faham dengan apa yang aku rasa dan katakan.tapi biarla aku jer yang paham.
Istilah awek atau marka atau bunga memang selalu sangat digunakan dalam dunia percintaan sekarang.Tapi aku rasakan panggilan itu tidak layak untuk orang yang aku sayang.Aku cuma nak dia tahu dia adalah kekasih aku dan bukan awek atau marka aku.
Selalu jugak dia tanya.Keluar dengan sapa?Alu jawab la.keluar dengan awek.Melenting dia dibuatnya.
Kadang - kadang orang yang tak paham mesti cepat melenting.
Kepada kekasih - kekasih yang mejalinkan cinta.Kamu adalah kekasih dan bukan awek mahupun marka.Bagi kaum lelaki.pangilan awek atau marka atau amoi selalu sangat digunakan.Begitu jugak dengan kaum wanita..Mereka suka menggunakan perkataan balak,BF dsgainya.
Bukan apa..apa salahnya kalau kita letak orang yang kita sayang pada aras yang lebih tinggi,Bukan memuja tapi kalau betul dia betul2 istimewa biarkan dia lebih tinggi dari wanita lain dalam hidup kita.
Maksud saya disini.Contohnya la..perempuan tepi jalan pun lelaki panggil awek,Amoi muda angkat sampah pun.ada laki panggil awek..asalkan pinggulnya ala2 remaja saja,sure lelaki akan pangil awek.
So bayangkan kalau kekasih anda panggil anda awek..kalau difikir dan diterjemahkan sebenarnya anda sama saja level dengan amoi tepi jalan dan amoi angkat sampah tadi..
Memnag betul semunya dalam hati dan pangilan itu semua tidak penting.Tapi tak salah kita menghargai orang yang kita cintai dengan meletakkan dia pada paras yang sepatutnya dia berada.
Dalam kamus hidup saya,saya ramai awek tapi saya cuma ada seorang kekasih....
Tak tahu la pada anda..kalau kekasih anda pun anda panggil awek..kawan permpuan anda pun awek..so anda punya ramai aweks la to...salam

KEKASIHKU....

Kekasihku....
Aku mahu kau tahu..
Dalam diam..Cinta ku sudah terpatri
Sukar untuk ku mencari penganti
Siang malamku kini berseri..
Kerna kau sentiasa disisi.
Hati muda kita sudah pun selari
Mengejar lelah sebuah pelangi.
Melangkah setiap inci jejari.
Membaca setiap kenangan memori..
Jangan henti untuk kita berusaha mencari erti cinta sejati..

Kekasihku...
Aku mahu kau tahu....
Jika panahan mata itu membuat kita lupa..
Hentikan panah bisikan durjana
Kerna bukan mata yang ku pinta silauannya.
Tapi hati ikhlas semurni cahaya
Jika Godaan mengairahkan usia muda
Hentikan tikaman tusukan jiwa
Kerna bukan anggota yang ku puja
Tapi ilmu terserat di penjuru dada.
Aku tidak mahu bibirmu..
Lupakan aku dari matamu..
Jauhkan aku dari badanmu...
Tapi dekatkan aku dengan hati dan mindamu...

Kekasihku...
Aku mahu kau tahu...
Yakinlah...aku cuma ada kamu.
Yakinlah...aku cuma ingat kamu
Yakinlah...Tiada dua mahu tiga kau dimadu.
Rasa dihati ini tidak perlu di putarkan dadu.
Untuk kau uji sedalam mana cintaku
Nilai cintaku tiada yang tahu.
Yang mengetahui pastinya DIA nan satu.

Kekasihku..
Aku mahu kau tahu...
Destinasi kita hampir tiba..
Proses cinta perlukan masa.
Insyallah tali p rtunang merisik berita.
Bahagia perkhawinan diakhir cerita.
Pasti hati  kita bersatu jantungnya.
Kekasihku....Kita perlu berusaha bersama
Kita perlu berdoa bersama
Kita perlu tawakal bersama
Agar babak cinta adam dan hawa
Sampai disetiap tiga fasa sebuah syurga.

Kekasihku..
Aku mahu kau tahu...
Malam ini..Aku tidur beralaskan Cintamu
Beralaskan Rindumu
Beralaskan Sayangmu
Pejamka mata mu kekasihku..
Rasai hembusan rindu dariku..
Dari ku kekasih untuk  seorang kekasih...

GAMBAR MACAM TAK BETUL

Sunday, August 1, 2010

MENGURAT & BERCINTA MENURUT ISLAM

Adalah sesuatu yang amat perlu untuk seseorang itu memulakan mukadimah cinta dengan mengurat. Apakah hukum mengurat dan bercinta dalam Islam? Apakah dibenarkan seorang lelaki muslim berbual dengan perempuan muslim?. Semua persoalan ini mungkin bermain-main dibenak fikiran remaja muslim yang sangat menitikberatkan ajaran Islam. Bagi sahabat remaja muslim yang kurang mengambil berat persoalan ini, mungkin mereka akan mengunakan formula “pakai bedal sahaja”. Salah tanggapan dan silap fahaman terhadap persoalan ini boleh mewujudkan konflik dalam diri remaja muslim.
Secara kasarnya ada sesetengah ulama menganggap mengurat dan bercinta itu halal tetapi kebanyakkan ulama yang lain pula menganggap haram. Bagaimanapun dikalangan ulama Fekah terdapat beberapa orang ulama yang merupakan pencinta yang hebat seperti Daud az-Zahiri yang merupakan imam Mazhab az-zahiri.
Sebenarnya mengurat dan bercinta sama-sama penting dalam kehidupan. Tiada siapa yang dapat lari daripada mengurat dan bercinta termasuk mereka yang bercinta selepas berkahwin. Hal ini kerana mereka yang bercinta selepas berkahwin akan melihat bakal isteri sebelum diijabkabulkan.
Selain itu jika cinta dianggap sebagai mukadimah kepada perkahwinan, maka mengurat pula dianggap sebagai mukadimah kepada bercinta. Kedua-dua ini berkait antara satu sama lain kecuali bagi mereka yang berkahwin atas pilihan keluarga.
Mengurat dan bercinta dianggap berguna jika ia membawa kepada kebaikan. Sebagai contoh mengurat dan bercinta yang disusuli dengan perkahwinan dan mendirikan rumah tangga adalah berguna kerana ia membawa kebaikan. Dari sini terbentuk pula keluarga dan daripada keluarga ini terbentuk pula masyarakat seterusnya negara.Tidakkah dalam konteks ini mengurat dan bercinta tepat dengan ajaran Islam? Jawabnya ia memang bertepatan dengan ajaran Islam kerana manusia yang diamanahkan Allah sebagai khalifah di muka bumi ini perlu meneruskan survival sehingga ke hari kiamat. Kemungkinan jika manusia tidak mengurat dan bercinta, kita akan pupus di dunia seperti pupusnya dinasour dan ini sudah tentu menyalahi amanah Allah itu.
Namun dari sudut lain, mengurat dan bercinta dianggap tidak berguna dan tidak membawa kepada kebaikan. Mengurat dan bercinta seperti ini tidak menjadi mukadimah kepada perkahwinan sebaliknya mukadimah kepada melahirkan anak luar nikah atau mencampakkan anak yang tidak berdosa ke dalam tong sampah dan longkang.

Mengurat dan bercinta seperti ini dilarang dan diharamkan dalam Islam. Selain itu perlu diingatkan juga bahawa tindakan seseorang itu mengurat dan bercinta itu biasanya bertitik tolak daripada perasaan dan emosi, maka dengan itu mudah sekali terjerumus dalam perkara-perkara yang tidak baik. Oleh itu sesiapa sahaja yang berhadapan dengan ajakan perasaan dan emosi untuk mengurat dan bercinta perlu berusaha sedaya upaya mengunakan kewarasan akal.
Malah sebagai seorang muslim kita juga perlu mengelak daripada konteks fizikal atau luaran yang boleh mencetuskan keghairahan seks yang seterusnya menyebabkan berlaku perlanggaran hukum Allah iaitu perzinaan. Dalam hal ini adalah amat perlu setiap individu muslim berpegang kepada tanggugjawab menjaga dan memelihara aurat kerana persoalan keghairahan seks mempunyai hubung kait yang amat besar untuk berlakunya perzinaan.

Bagi mengelak daripada perkara-perkara terkutuk ini berlaku, panduan rasulullah perlu dipatuhi. Baginda melarang orang Islam supaya jangan melampau dalam mengurat. Malah baginda menyuruh mereka bercinta kerana Allah iaitu mencintai orang yang dikasihi kerana Allah.
Terdapat beberapa riwayat menceritakan Nabi Muhammad s.a.w membenarkan hamba menyanyikan lagu mengurat dipanggil ghazl. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Majah, Rasulullah menyuruh Aisyah menghantar seorang hamba yang pandai menyanyi lagu ghazl kepada pengantin kaum Ansar yang menjadi kerabat Aisyah. Ini kerana menurut Nabi, kaum Ansar ada keramaian termasuk mendendangkan lagu-lagu ghazl. Baginda berkata : Sesungguhnya kaum Ansar adalah kaum yang ada pada mereka ghazl. (Ibnu Majah. Hadis No 1890)

Ghazl bermaksud mengurat tetapi ghazl dalam beberapa hadis nabi bermaksud mendendangkan lagu-lagu cinta yang sunyi daripada kata-kata baik dan sebagainya. Dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh al-Bukhari,muslim dan lain-lain, Rasulullah menginggatkan supaya seorang penyanyi keluarga baginda bernama Anjasyah supaya jangan terlalu melampau mendendangkan lagu-lagu yang memperkatakan tentang mengurat dan bercinta.

Dato Dr Mashitah Ibrahim, penolong profesor di Jabatan al-Quran dan Sunah, Kulliah Ilmu Wahyu dan Warisan Islam, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) memberi penjelasan mengenai cinta. Cinta ujarnya sering dikaitkan dengan barat atau Bollywood tetapi sebenarnya orang terlupa bahawa pokok persoalan cinta merupakan matlamat asasi dalam Islam.

Islam adalah agama yang membawa matlamat cinta. Cinta kepada Allah, cinta pada rasul, cinta kepada negara dan cinta sesama manusia. Sebab itulah rasulullah menekankan dalam mendidik anak-anak daripada kecil lagi diterapkan soal cinta. Dalam sebuah hadis, Nabi bersabda: tanamkan dalam diri anak-anak kamu cintakan Allah, cintakan Rasul, cintakan ahli keluarga Rasulullah dan cintakan membaca Al-Quran.

Ini menunjukkan cinta itu suatu yang penting diterapkan dalam diri setiap muslim sehinggakan Nabi s.a.w bersabda bahawa tidak masuk syurga sehingga kamu belajar cinta-mencintai diantara satu sama lain.

Remaja bercinta jelas beliau bukan suatu perkara yang melanggar fitrah. Ia satu fitrah tetapi perlu diaturkan bagaimana cara mereka bercinta. Cinta tidak boleh berdasarkan emosi semata-mata, REMAJA mesti ada rasa tanggungjawab.

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal