Friday, July 30, 2010

Kekal ker cinta di Universiti?

Seperti insan lain, aku pernah alami benda yang sama.Ada yang kata di universiti tempat untuk mencari jodoh.Masing - masing ada kejayaan bersama tapi adakah kerjayaan itu sama untuk isu hati dan kebahagian.?Ada yang kata Ya dan ada jugak yang kata tidak
Situasi di universiti jauh berbeza dengan situasi kehidpan manusia yang lain.Kebanyyakan pelajar yang memasuki Universiti adalah dalam lingkungan umur 20an.Masing2 sudah mengenali apa itu erti sebuah percintaan.
Berapa ramai yang berjaya mengharungi cinta selepas habis belajar atau dengan kata lain berjaya menyambung situasi cinta di universiti sama selepas memasuki alam perkerjaan.
Seperti aku dan kebanyykan rakan sepejuangan aku yang lain ramai diantara kami yang gagal menjalani kisah cinta bersama selepas alam universiti tamat dibina.
Selama aku di Universiti,dapat aku lihat dan gambarkan betapa ramai pelajar yang mengahabiskan masa bersama dengan pasangan mereka.
Kelas pun nak sama.bersenam bersama makan bersama.Bak kata pepatah..seiring bersama,macam belangkas...Kalau boleh nak jumpa 24 jam.Mujurlah ada sistem keselamtan pelajar yang menghadkan pelajar berjuma sehingga 12 tengmalam sahaja.Jika tiada kawalan mungkin sampai kesubuh hendak habis masa bersama .paling awal pun saya dapat rasakan saudari terpaksa menunggu umur 27 atau 28 untuk berkhawin dengan pasangan saudari.

Pada si lelaki saya menasihatkan supaya memilih yang lebih muda supaya kita tidak terlalu tekan dengan pasangan yang mungkin menekan kita untuk masuk meminang sedangkan kita tiada duit.Jika kita dari golongan yang kaya saya rasa tiada masalah.Tapi kalau kita dari orang kebanyyakn kita,Masalah kewangan pasti membelenggu kita.Untuk selamat dan memberi kesempatan untuk si lelaki mengumpul duit elok rasanya memilih si wanita yang lebih muda dari anda.


Bercakap hal bercinta di Universiti..Ramai diantara pelajar yang mencari pasangan diataskan keadaan situasi disitu.Ini adalah pendapat aku yang ikhlas dari hati.Aku mengambarkan begitu.
Situasi itu juga yang aku dapat bayangkan di UUM dan di segenap universiti yang ada di Malaysia ini.Selalunya rakan sebilik yanga da kekasih membuatkan kita pun ingin mencari pasangan disana.Mana mungkin hidup di Universiti selama 3 atau 4 tahun membuatkan kita tidak mahu ada seorang peneman yang saling memahami kita disana.Memang ada rakan sebilik..tapi takkan kita mahu lepaskan rindu atau segala masalah pada dia.Jika dia pun hidup berpasangan disana.Nescaya kita pun ada niat untuk mencari pasangan kekasih.
Itulah realiti sebenar,ramai pelajar yang bercinta adalah disebabkan situasi di Universiti yang kebanyykannya hidup berpasangan.

Walaupun di Universiti masing2 menabur janji untuk hidup bersama tapi bagi aku ianya adalah dusta semata - mata.Kepada si wanita yang melanjutkan pelajaran nasihat ku.Elok saudari mencari yang sudah berkerja semasa saudari melanjutkan pengajian di sana.Saya menasihatkan ini dengan sedikit kenyataan.Bayangkan bila anda keluar dari universiti umur saudari sudah 23 tahun manakala umur si lelaki jugak sudah 23 tahun. Pada usia 23 tahun si wanita sudah risau hal berkaitan jodoh tapi si lelaki masih terkial2 mencari peluang perkerjaan.dimana si lelaki nak kumpul duit untuk bernikah dengan saudari...

Hal kekal atau tidak semua itu telah tertulis,tapi kita boleh mencorakkan takdir untuk kita itu.Bila kedua2 pasangan telah habis belajar,masing2 akan pulang ker negeri masing2.bayangkan kalau seorang di perlis dan seorang pula di johor..Dapatkah anda bayangkan situasi yang akan dialami selepas masing2 habis belajar..Pasti penuh kerinduaan.itulah lumrah yang terpaksa dihadapi.Wanita perlukan belaian dan perhatian yang lebih.dapatkah kita berikan ruang masa untuk dia.Contohnya sebulan sekali pergi ke negeri wanita untuk berjumpa.Bagi saya mungkin 3 bulan sahaja akan dilakukan begitu selepas itu sure tidak ada lagi proses kunjung mengunjung,

Kepada adik2 yang masih belajar di Universiti fikir la sedalam2nya..jika anda fikir cinta selepas habis belajar itu boleh membuatkan anda hidup bersama.saya ucapkan tahniah.
Mungkin jugak ada petua.apa kata adik2 mencari calon yang senegeri dengan adik2.supaya bila masing2 sudah habis belajar..Senang untuk berjumpa.

Apa2 pun semua itu adalah dari usaha kita.Orang ada kata.nak seribu daya taknak seribu dalih.Tapi saya sudah tidak percaya dengan cinta i Universiti.Kebayykannya gagal mencapai hasrat bersama semasa menyemai janji di alam belajar di universiti.Mungkin bersemangat untuk tempoh 3 bulan permulaan sahaja.Selapas 3 bulan itu,jika bergaduh..Kita payah nak berjumpa dengan nya.Kerna bagi saya cara membuat keputusan adalah berjumpa secara berdepan dan berbincang bukan dengan membuat keputusan di dalam telefon mahupun SMS.sebab kebayakkan keptusan yang dibuat di dalam telefon adalah untuk menegakkkan hak sendiri bukan hak bersama.
Jika hal bergaduh terjadi selepas masing2 habis belajar.pasti akan merebak dan akhirnya hubungan yang dibina di Universiti akan terkulai begitu sahaja.

Tanya lah hati sendiri adakah cinta aku yang dibina di Universiti ini akan membuatkan aku bahagia jika habis belajar nanti...aku takut hati manusia kecewa lagi seperti aku dan rakan2 lain seperti yang pernah ku alami diketika itu...

1 comment:

  1. Salam..nk tye..awk pernah bercinta di universiti kn..berapa lama bertahan?kenapa putus?

    ReplyDelete

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal