Lumrah kehidupan tidak pernah siapa yang menduga..Tiada siapa yang menduga apa sebenarnya erti sebuah kehidupan dimuka bumi ciptaan Ilahi.Apa yang dapat aku lakukan adalah dengan usaha dan doa yang berkekalan.Semoga apa yang kita lakukan kini dan akan datang adalah yang terbaik dalam hidup kita.dan jadikan kisah perbuatan dahulu sebagai pengalaman dan pengajaran.kerna diketika itu adalah kisah yang mencorak diketika ini
Saturday, July 31, 2010
Siapa Ex Kekasih Kita dahulu..Perlu ker tahu?
Tapi adakah ianya satu tindakan yang betul pada kita.
Pada pendapat saya hal nak tahu atau tidak bekas kekesih nie..banyak disoalkan oleh pihak perempuan.Saya sebagai lelaki jarang tanya kekasih saya siapa bekas kekasih dia dahulu.Mungkin jenis sikap lelaki yang jenis tidak ambik kisah atau yang malas nak berfikir membuatkan lelaki sukar untuk megetahui atau bertanya siapa bekas BF dia dahulu.Tapi lelaki kena faham jugak si wanita ni plak jenis yang suka bergosip atau lebih afdal dipanggil suka mengambil tahu.
So memang dia akan ambik tahu siapa ex kita dahulu.Kalau takkan kasi tahu nanti dia merajuk plak.Tapi kalau dah kasi tahu nanti cemburu plak.dibeza -bezakan plak.Tak ke boleh berlaku pergaduhan hanya disebabkan sesuatu benda yang lepas.Dalam hal ni masing - masing kena faham hak dan saling memahami.
Si lelaki perlu memberitahu pada kekasihnya dengan niat untuk menjaga hati dan tiada rahsia yang boleh membuatkan si wanita syak bukan - bukan pada lelaki.manakala di pihak perempuan plak,diharapkan lepas dah tahu segala maklumat pasal ex si lelaki,jangan la plak dibeza -bezakan anda dengan ex dia.Percaya la..cinta dia sekarang cuma untuk anda.Ex dia dahulu pastinya sudah ada life baru bersama lelaki lain.so...jangan fikir bukan - bukan dan jangan bezakan diri anda dengan ex dia.Sebab lelaki teramat pantang kalau kekasihnya mengatakan "
"ex awak mesti lagi cantik dan baik dari saya"
Kan sekarang kamu dengan dia..pada dia kamu adalah juara dimata dan hatinya sekarang.tidak perlu lagi kamu membezakan kamu dengan ex dia.kerna dia sudah pilih kamu sebab kamu sebenarnya lebih baik dan cantik dari ex dia dahulu.kamu berdua perlu pandang kedpan,jangan lagi dingat kisah lama yang membuatkan anda rasa untuk undur kebelakang.go forword oky.kamu bedua perlu saling mengunakan prinsip menang and menang...
maksud saya disini.si lelaki perlu beritahu untuk menjaga hati wanita dan wanita plak bila dah dapat tahu..please jngan bezakan anda dengan ex dia okey...Janji tau.
Tetapi, kalau kita tahu siapa dia, mesti kita akan selidik sedalam-dalamnya pasal orang tu. Asal dia di mana, tempat tinggal dia, siapa kawan-kawan dia dan sebagainya. Kalau boleh, sampai hobi dan masakan kegemaran dia pun kita nak tahu. Kata orang, bolehlah kita lihat apa kekurangan kita dengan dia. Mana yang baik tu, kita ikut la. Yang mana tak elok tu, kita perbaiki diri lagi. Bagus juga tu.
Memang ada kebaikan dan kekurangannya kalau kita lihat perkara ini dari pelbagai perspektif yang berbeza. Tetapi terpulang kepada kita untuk memilihnya. Bagi saya, memang tak perlulah. Tak tahulah anda semua macam mana
Bagi pendapat saya, tidak perlulah kita tahu siapa bekas kekasih pasangan kita tu. Kalau tahu pun, akan buat kita berasa marah dan tak suka. Menyampah lagi ada la. Mana tak nya, buat-buatnya kita ternampak yang ex-boyfriend atau ex-girlfriend kekasih kita tu sedang syok berbalas-balas komen di Facebook mahupun Friendster, tak ke terasa hangat dalam hati ni. Haish!
So bagi saya..dalam hal ini masing2 kena faham dan cubalah guna prinsip menang - menang okey...
kamu kena yakin..ex dia adalah kenangan dia..dan kamu kena setkan dalam pemikiran kamu bahawa kamu ada bersama dengan dia sekarang.
dia adalah Puteri dan Putera dihati kamu.
Dan ex dia adalah sejarah cinta dia..bukan lagi kekasih seperti yang kamu anyam kini dan berusaha kearah untuk selamanya.....Amin
KU MAHU KAU TAHU
Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.
Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.
Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.
Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.
Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.
Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..
Pesan Ayahku........
Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…
Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..
AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.
AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.
AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.
AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!
AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal
tetapi kenapa saya masih rasa, saya masih kalah dengan ex dia??
ReplyDelete