Monday, August 2, 2010

KEKASIHKU....

Kekasihku....
Aku mahu kau tahu..
Dalam diam..Cinta ku sudah terpatri
Sukar untuk ku mencari penganti
Siang malamku kini berseri..
Kerna kau sentiasa disisi.
Hati muda kita sudah pun selari
Mengejar lelah sebuah pelangi.
Melangkah setiap inci jejari.
Membaca setiap kenangan memori..
Jangan henti untuk kita berusaha mencari erti cinta sejati..

Kekasihku...
Aku mahu kau tahu....
Jika panahan mata itu membuat kita lupa..
Hentikan panah bisikan durjana
Kerna bukan mata yang ku pinta silauannya.
Tapi hati ikhlas semurni cahaya
Jika Godaan mengairahkan usia muda
Hentikan tikaman tusukan jiwa
Kerna bukan anggota yang ku puja
Tapi ilmu terserat di penjuru dada.
Aku tidak mahu bibirmu..
Lupakan aku dari matamu..
Jauhkan aku dari badanmu...
Tapi dekatkan aku dengan hati dan mindamu...

Kekasihku...
Aku mahu kau tahu...
Yakinlah...aku cuma ada kamu.
Yakinlah...aku cuma ingat kamu
Yakinlah...Tiada dua mahu tiga kau dimadu.
Rasa dihati ini tidak perlu di putarkan dadu.
Untuk kau uji sedalam mana cintaku
Nilai cintaku tiada yang tahu.
Yang mengetahui pastinya DIA nan satu.

Kekasihku..
Aku mahu kau tahu...
Destinasi kita hampir tiba..
Proses cinta perlukan masa.
Insyallah tali p rtunang merisik berita.
Bahagia perkhawinan diakhir cerita.
Pasti hati  kita bersatu jantungnya.
Kekasihku....Kita perlu berusaha bersama
Kita perlu berdoa bersama
Kita perlu tawakal bersama
Agar babak cinta adam dan hawa
Sampai disetiap tiga fasa sebuah syurga.

Kekasihku..
Aku mahu kau tahu...
Malam ini..Aku tidur beralaskan Cintamu
Beralaskan Rindumu
Beralaskan Sayangmu
Pejamka mata mu kekasihku..
Rasai hembusan rindu dariku..
Dari ku kekasih untuk  seorang kekasih...

1 comment:

  1. bait kata2 yang brmakna ..memberi pengertian yang mendalam bahawa kau mencintaiku..akan ku cuba memahamiisi hatimu..thanks you so much..akan ku cuba memepercayaimu akan ku cuba menghargaimu..
    akan ku cuba setia padamu
    bila kau dinamakan kekasih..
    hanya kau satu2 nya insan yang disayangi dan dirindui..
    sayang ikhlas sayang bie..muah

    ReplyDelete

KU MAHU KAU TAHU

Saat kami berbaring di bawah bintang-bintang,
Kita tertanya-tanya siapa diri kita sebenarnya,
Aku ingin tahu apa yang kau lihat tentang diriku,
Adakah hanya luaran atau sesuatu dari dalam diriku.

Usaplah jari-jemarimu pada rambutku,
Tunjukkan padaku bahawa kau benar-benar peduli,
Hari demi hari, dan selamanya,
Ketika aku dan kau tidak mempunyai ketakutan.

Saat kau katakan kau mencintaiku,
Saat itulah aku memberikan kunci,
Untuk hati, jiwa dan fikiranku,
Aku senang untuk tahu bahawa kau milikku.

Aku mahu bertahan selamanya,
Untuk kita akan selalu bersama,
Merasa sakit atau kemanisan bersama,
Aku ingin kau selalu berada dekat denganku.

Dalam setiap pelukan dan kucupan,
Saat aku bersamamu aku merasakan wujud cinta sejati antara kita.
Memelukku erat dan tidak mahu membiarkan aku pergi,
Jangan biarkan aku hilang dilautan yang luas.

Kerana aku milikmu, selamanya itu pasti,
Aku milikmu untuk selama-lamanya.
Janji dipatri bahawa setiap kata-kataku dengan sesungguhnya,
Tanpamu disisi, aku mati tak mahu hidup pun tak mampu..

Pesan Ayahku........

Semalam aku jumpa ayah kau
Dia ingat lagi kat kau tapi kau ingat ke kat dia???
Dia nampak macam risau je…

Aku tanya kenapa nampak macam risau je??
Dia jawab “Pak Cik teringin nak jumpa anak pak cik”..
Dia cakap kalau dia tak sempat nak jumpa dengan kau
Dia ada tingalkan pesan..

AYAH KAU PESAN..
Jangan kau lupa pada Tuhan
Takut nanti Tuhan pula lupa pada kau.

AYAH KAU PESAN..
Bila berkawan jangan berperang
Takut nanti kalau sakit, takde kawan yang hendak datang.

AYAH KAU PESAN..
Kalau kau sesat, janganlah malu hendak bertanya orang
Supaya kau boleh nampak jalan pulang.

AYAH KAU PESAN..
Bila dah senang nanti, jangan kau lupa pada ibu bapa
Takut nanti kau jadi macam TANGGANG anak DERHAKA!!

AYAH KAU PESAN..
Jangan lupa segala pesan
Sebab tak ada apa yang dia hendak bekal